Jodoh masih panjang, penyanyi Datuk Nora Ariffin bersyukur urusan rujuk dengan suami, Dr. Rushdi Ramli sudah selesai di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Langat, Selangor pagi tadi. Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Ariffin, 52, memaklumkan bahawa mereka kini kembali sah bergelar suami isteri selain menyifatkan ujian yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri. “Alhamdulillah, selesai kes rujuk depan hakim dan mahkamah. Kami suami isteri yang sah. “Segala yang berlaku ada hikmahnya dan apabila perkara tidak baik terjadi kita boleh lihat sikap sebenar seseorang,”katanya dalam sebuah hantaran Instagram.
|
L.U.S.M replied at 25-11-2024 08:54 PM
Ada cerita Wattpad psl acik nowa ni..dia sebut nama n pic acik ni..tatau mmg betul ke khayalan tp ag ...
ADVERTISEMENT