CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Boleh beli ikan, lampin pakai buang’ – Shima lebih selasa buat "live" di TikTok cari rezeki

25-11-2024 12:06 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30175| Komen: 62

 


Selepas sekian lama tidak menerima undangan nyanyian, penyanyi Shima menjadikan aplikasi TikTok sebagai medan untuknya mencari rezeki.

Tidak menjual barang sebaliknya Shima atau nama sebenarnya, Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman, 55, meraih pendapatan dengan menyanyi secara langsung menerusi aplikasi popular berkenaan.

“Setiap malam jika ada kelapangan saya akan buat live di TikTok. Saya anggap live di TikTok sebagai satu pekerjaan dengan menghiburkan pengikut dan mereka akan memberi ‘gift’.

“Tidaklah kaya pun sebab saya hanya menyanyi bukan menjual barang. Saya mencari rezeki di situ. Alhamdulillah dapat membantu saya menjana pendapatan.

“Lepaslah untuk saya beli keperluan harian seperti ikan dan lampin pakai buang. Saya seronok dan bersyukur bukan saya sahaja tetapi ramai rakan-rakan seangkatan juga aktif di platform ini,” ujar Shima.


Berkongsi tentang status kesihatannya, Shima yang sebelum ini pernah tular kerana menghidapi sakit tulang belakang (slip disc) dan lemah pundi kencing mennjelaskan dia masih bergantung kepada ubat-ubatan.

 

Kini, meskipun nampak sihat, penyanyi yang popular dengan lagu Teringin itu juga menghidapi bronkitis.

“Saya nampak okey tetapi sebenarnya tengah menanggung sakit. Dulu saya berniaga makanan tetapi disebabkan slip disc doktor tidak menyarankan saya melakukan kerja-kerja yang berat,” kata Shima.

Shima ditemui ketika Majlis Sumbangsih Prihatin anjuran Yayasan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) yang berlangsung pada Sabtu.

Majlis tersebut juga mendapat kerjasama Persatuan Karyawan Malaysia dan Shima tersenarai antara 30 orang penerima sumbangan dengan jumlah sebanyak RM5,000 setiap seorang.

Dalam pada itu, Shima sempat meluahkan rasa kecewa apabila sering diberi janji kosong untuk membuat persembahan pentas.

Walaupun dalam keadaan sakit, Shima masih mencintai bidang muzik dan masih boleh menyanyi dengan baik.

“Ada yang mesej di TikTok dan di WhatsApp untuk persembahan pentas tetapi semua hanyalah janji kosong.

“Saya tidak sukalah begitu, jangan beri harapan pada orang,” tutur Shima.
Selebriti lain yang turut menerima sumbangan adalah Zaiton Sameon, Shuib Freedom, Mariam Ahmad, Norlia Ghani, Ali XPDC, Isma Alif, Sheqal, Sazali P. Ramlee, Shasha Rohaizad, Nas Ahmad, Alfred Ho, Roy, Datuk Jefrydin, Datuk Andre Goh dan Zul Mahat.

Selain itu, Sathiya, Yus Barat, M Jamil, Sofia Ibrahim, Mak Wan, Dr. Sam, Mak Jah, Kieran, Ebby Yus, Harun Hashim, Ruslan Salleh, Murali Abdullah, Zaleha Hamid dan Datuk Sarimah Ahmad juga tidak ketinggalan menerima sumbangan.

Hadir sama pada majlis berkenaan adalah Pengerusi Yayasan Pekema iaitu Datuk Mohamed Nazari Noordin dan Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bintangct 25-11-2024 12:16 AM
adoii mekap mcm ponen lorong Ampunn kak
Quote keretapilaju 25-11-2024 12:31 AM
Bukan ke masa dia berniaga makan tu pakai tudung labuh? Ke salah org..
Quote HappyGumbira 25-11-2024 12:33 AM
bintangct replied at 25-11-2024 12:16 AM
adoii mekap mcm ponen lorong Ampunn kak

Mcm makeup sendiri guna apa yg ada je tu
Quote hokeypokey 25-11-2024 01:31 AM
putihnya bedakkkk
pakai tepung ker tu???
Quote virgocircus 25-11-2024 07:37 AM
keretapilaju replied at 25-11-2024 12:31 AM
Bukan ke masa dia berniaga makan tu pakai tudung labuh? Ke salah org..

Yelah betul. Hmmm Sian kan...
Quote virgocircus 25-11-2024 07:38 AM
Dia dgn laki dia ok je kan... Almaklum retis2 lain kalo tudung terbang...
Quote aavakateimani 25-11-2024 07:45 AM
sape mekap ni? tacottt titew tengak
Quote aavakateimani 25-11-2024 07:48 AM
kenapa free hari? please nyayi lagu setelah aku kau miliki
Quote taji2906 25-11-2024 08:28 AM
ramai artis2 veteran terima sumbangan. adakah bermakna dorang ni hidup susah? kesian betul sebab masa tengah prime, dorang ni semua hebat2. yg artis sekarang kena la beringat hatta netizen sendiri pun
Quote zuri154 25-11-2024 08:39 AM
Masa persembahan juara lagu siap dijulang2 masa menari, kecik jer tgk orgnye
Quote makciktijah 25-11-2024 08:57 AM
tak silap dia ckp dia migraine ke apa tah kalau bertudung
Quote starcity 25-11-2024 09:06 AM
Putaran hidup. Smpai masa semua akan menua. Ex hubbies dia lpas yg melayu tu pn 2 mat saleh. Lpas tu yg last ni kawin melayu.
Rasanya artis2 ni ramai yg tak beringat & tak pandai uruskan kewangan masa zaman muda & popular. Tu yg bila dh tua ramai idup susah
Quote prince_marhaen 25-11-2024 12:43 PM
bakpe la acik shima mekap gitu...takkan upah MUA pulak kan comot camtu... mekap nipis2 pun okey je sebenarnya... sian lak tengok.. dulu kemain mendoniaaaa lagi.. dapat omputih 2 kali ye, laki sheols skrg biawak ke takleh tanggung dia? dah nak mereput dah tu... dulu kemain labuh tudung setazah...
Quote anilanil 25-11-2024 01:35 PM
Setakat nyanyi kat TT live pakai tudung sauk je la nek shima. Dulu kata sakit migraine takleh keje berpanas, berpeluh. Nyanyi dlm rumah buka le kipas, aircond aman2 je bole pakai tudung. Takde sapa nak nengok style rambut nek shima. Diorang nak dengar nyanyi je.
Quote AcikCleaner 25-11-2024 01:50 PM
Semoga dipermudah urusan acik shima..macam² penyakit, kesian pulak
Quote cikedee 25-11-2024 01:59 PM
bintangct replied at 25-11-2024 12:16 AM
adoii mekap mcm ponen lorong Ampunn kak

sememeh betol kan
Quote cikedee 25-11-2024 02:01 PM
keretapilaju replied at 25-11-2024 12:31 AM
Bukan ke masa dia berniaga makan tu pakai tudung labuh? Ke salah org..

ya.. itu lah dia. dah elok2 bertudung labuh weh.. boleh bagi alasan migrane teruk, doktor nasihat kan jangan pakai tudung! Adakah Allah izinkan kita bukak aurat sbb sakit??
Quote kepompong 25-11-2024 02:01 PM
kesiannya kat dia ... once a legend.. terigt penyanyi kamal tu nak sgt kawen dgn dia.. mmg frust 2-2 sbb cinta terhalanag... kot betul2 jodoh & panjang mungkin cara hidup shima berubah tkde la sedeh macam ni
Quote lilacomot 25-11-2024 02:24 PM
mak aih gomaknye...terkejut kiteeee...

iols suka layan lgu2 shima...

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.051246 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top