CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Minyak masak 5kg RM21.90, telur gred A sepapan RM10 di KLCC sempena Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)

23-11-2024 09:13 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12721| Komen: 14



KUALA LUMPUR – Minyak masak, telur dan beberapa barangan keperluan lain menjadi tumpuan pengunjung di reruai Jualan Madani sempena Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Tinjauan Kosmo! mendapati kebanyakan barangan yang dijual jauh lebih murah berbanding harga pasaran dan stoknya juga banyak.

Sebagai contoh, harga minyak masak botol lima kilogram dijual RM21.90 berbanding RM26 hingga RM29 harga pasaran.

Telur sepapan 30 biji bagi gred A pula dijual RM10, manakala harga serbuk koko jenama terkenal adalah RM15 untuk pek seberat 900 gram.

Seorang pengunjung yang mahu dikenali sebagai Nor Laila, 45, dia sudah dua hari berturut-turut datang membeli barangan keperluan di reruai Jualan Madani.

“Semalam saya datang beli minyak masak, telur dan beras. Hari ini pula saya datang beli biskut, sardin, sos dan sabun.


“Memang harganya jauh lebih murah berbanding harga di kedai biasa. Beza RM2 hingga RM10 bagi satu-satu barangan. Jimatlah perbelanjaan barang dapur saya pada bulan ini,” katanya yang datang dari Selayang.

Sementara itu, Mohd. Khalid Isa, 51, memberitahu dia mengambil kesempatan cuti hujung minggu datang ke program 2TM bersama ahli keluarganya.

“Pada awalnya saya datang untuk melihat apa yang ada di sini (reruai yang disediakan). Tetapi paling menarik perhatian adalah reruai Jualan Madani.

“Kebetulan keluar hari ini pun nak beli barang dapur sambil jalan-jalan bersama ahli keluarga. Jadi kami ambil kesempatan untuk ‘borong’ barang dapur di sini (KLCC). Harga memang sangat murah, jauh beza dengan kedai luar,” kata bapa enam anak itu.

Reruai Jualan Madani di KLCC dibuka selama tiga hari bermula Jumaat lalu dan beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Sumber – Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 23-11-2024 09:21 PM
Kat X mcm biasa ada je terpaling palatao kata event ni xde pekdah.yg mengomen tu pun kalo walaun ke untit ke aku hadam  gak.ni mmg saja  pe'el musibat serba serbi palatao
Quote sambaldurian 23-11-2024 09:35 PM
So g klcc ni naik lrt ke , ke kereta. Parking dh berapa, pastu aku rs klu jumaat mesti org kerja petronas yg untung. G beli.
Quote Skuau 23-11-2024 09:45 PM
dedulu..onglain bagi beras sekampit..depa pulok...'bagi' tulur,'bagi' minyak masak.......
#onglain salah,kami betul....
Quote manop 23-11-2024 09:49 PM
staf cari x pergi ke..buat rombongan.

Quote kemaruk 23-11-2024 10:06 PM
zaman umno dulu bagi kain pelekat, nasi sekampit, gula sekilo free je siap dapat angpou rm20 tauuuuuuuuu
Quote green~tea 23-11-2024 10:55 PM
Mahal nya sewa tapak jual minyak masak & telur papan kat klcc

Kalo aku tau ada event nih mesti aku gigih menapak ke sini demi sesuap nasi buat modal goreng kerepek
Quote felinecat 23-11-2024 10:57 PM
Nak kene beratur baru dpt beli minyak murah, dlu2 pg je beli kt pasaraya...hahahampeh
Quote TeropongThaico 23-11-2024 11:19 PM
Telur tu saiz hapa 10 henggit tu? Kalau c rugi jer tambang sbb dkt lotus nun 11.40 jer. Tapi kalau sambil2 window shopping kek klcici tu ok ler hangkut sepapan dua pastu balik tinggal tapis buang kulit jer sbb dah pecah semua terpenyet masa dlm lrt... Jimat tenaga nak pecahkan satu2
Quote kotakbaju 24-11-2024 12:08 AM
TeropongThaico replied at 23-11-2024 11:19 PM
Telur tu saiz hapa 10 henggit tu? Kalau c rugi jer tambang sbb dkt lotus nun 11.40 jer. Tapi kalau s ...

Telur gred A sis. Sepapan rm10 je.

Haha jangan camtu sis..jangan dok gigih tapis kulit telur yg dah pecah tu. Bimbang tercemar dengan kuman dari tahik ayam tu je.
Quote TeropongThaico 24-11-2024 12:18 AM
kotakbaju replied at 24-11-2024 12:08 AM
Telur gred A sis. Sepapan rm10 je.

Haha jangan camtu sis..jangan dok gigih tapis kulit telur yg  ...

Oooo gred A huntung le

Alah kaka sebelum naik ketapi tu gi ler basuh jab dkt luar klcc tu ha... Ada air melimpah ruah dkt luar tu rugi tak manafaatkan. Duduk bersimpuh sopan2 sambil cuci telur tu ha... Yg degil2 bersalut tebal tu gosok jer dkt batu tepi tu
Quote akies 24-11-2024 12:27 AM
Bolehla harga telur sepapan rm10 gred A.
Mana2 family yg nak berjimat..kena lah rajin dtg.
Boleh jimat sikit duit
Quote kotakbaju 24-11-2024 12:44 AM
TeropongThaico replied at 24-11-2024 12:18 AM
Oooo gred A huntung le

Alah kaka sebelum naik ketapi tu gi ler basuh jab dkt luar klcc tu ha... A ...

Terlupa pulak ada kolam air pancut kat luar klcc tu. Haha takpa la sis. Sis try ler buat dulu. tengok viral ke tak lepas tu
Quote edayildiz 24-11-2024 02:38 AM
telur tu ada taik ayam x
i beli telur kt jaya grocer je takde tahik ayam melekat..walaupun basuh je jgk tp i buang je kalau yg ada najibs mutawasitah sikit..
Quote Tumpang-Sibok 24-11-2024 03:08 AM


Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.148385 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top