CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Allahumma Zawwijni seorang sahaja (jodoh)"– Zul Ariffin ‘tersasul’ doa minta 4 isteri ketika di Jabal Rahmah

23-11-2024 08:56 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13993| Komen: 3

 


Pelakon popular Zul Ariffin mengundang perhatian ramai apabila berdoa dengan meminta dikurniakan jodoh di Jabal Rahmah, Mekah dalam sebuah video hari ini.

Namun, paling menarik perhatian apabila Zul, 38, membaca doa diberikan jodoh namun menyebut nombor empat dalam bahasa Arab iaitu arba’a sekali gus membuatkan ramai tertanya-tanya sama ada dia mahu beristeri ramai.


Meski begitu, Zul dilihat hanya berseloroh dan menegaskan hanya mahu seorang sahaja calon isteri.

“Allahumma Zawwijni seorang sahaja (jodoh).

“Kadang-kadang apabila berdoa ini pun kita boleh tersasul, mungkin sebab cuaca.

“Jom kita doa banyak-banyak tak kira di mana sekali pun,” katanya.

Difahamkan, bintang filem Sheriff itu kini berada di Tanah Suci bersama keluarganya bagi menunaikan ibadah umrah.

Sementara itu, dalam ruangan komen netizen berharap doa tersebut dimakbulkan dan mahu melihat pelakon kesayangan mereka segera berumah tangga.

“Amboi terus empat orang. Jaga-jaga Zul kalau Tuhan bagi nanti naya!

“Lain macam doa pak dukun! Satu pun belum ada.
“Takut, dia minta kahwin empat terus ke!” komen netizen.

Pada Mac lalu, Zul pernah berkongsi akan menamatkan zaman bujang akhir tahun ini selepas rancangan tersebut terbantut disebabkan fasa pandemik Covid-19

Namun, sehingga hari ini tiada sebarang perkhabaran mengenai majlis tersebut selain dikatakan kembali menjalin hubungan dengan penerbit, Gayatri Su-lin Pillai selepas tular foto mereka menyambut Syawal bersama. 


Sumber – HIBGL

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antidote 23-11-2024 10:39 PM
Nanti aku angkat tgn doa, hg tlg rekod dari blkg.
Aku nak buat konten - kata zulripin
Quote Safirania 24-11-2024 12:44 AM
Moga cepat kawin zul
Quote DARSITA 24-11-2024 02:58 AM

acap juga dia buat umrah ya. Rezeki.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.024718 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top