CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah' untuk kucing gelandangan - "Di Bandar Tun Razak, kita ada banyak kucing gelandangan"

22-11-2024 11:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 61158| Komen: 30

 


Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata, 'rumah kucing' berkenaan boleh menawarkan perkhidmatan seperti vaksinasi, rawatan neuter dan menyediakan perkhidmatan adopsi kucing.

"Di Bandar Tun Razak, kita ada banyak kucing gelandangan yang dibuang merata-rata... langkah ini (rumah kucing) dapat menyumbang kepada masyarakat yang lebih penyayang dan bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Persatuan Rakan Kucing Malaysia (PRKM) dan Pet Universe di sini, hari ini.

MoU itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kebajikan kucing dan menggalakkan pemilikan haiwan peliharaan yang bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat.


Justeru, Dr Wan Azizah yang juga isteri Perdana Menteri menyeru agensi kerajaan, syarikat swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti untuk bersama-sama meningkatkan standard kebajikan haiwan peliharaan di Malaysia dengan mewujudkan 'rumah kucing' berkenaan.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 23-11-2024 12:32 AM
Ada rumah kalau x terjaga pun buat naya kt binatang..mcm yg kt Klang tu..yg penting tlglah neuter meow2 stray tu mcm TP syikin buat
Quote aavakateimani 23-11-2024 06:41 AM
thank u kak wan
Quote aavakateimani 23-11-2024 06:43 AM
yg menjaga tu perlu amanah jgn ko biar kucing tu terbiar sakit x beri mkn
Quote bakingsoda 23-11-2024 09:31 AM
pocongkiutss replied at 23-11-2024 12:32 AM
Ada rumah kalau x terjaga pun buat naya kt binatang..mcm yg kt Klang tu..yg penting tlglah neuter me ...


yg kat klang tu kalau dorang bagi sukarelawan access tempat tu mesti terjaga elok sbb sblm ni ada org pegi nak tolong kucing2 yg dikurung dlm tu tapi berkunci! ada yg mati camtu je
Quote makciktijah 23-11-2024 09:32 AM
kucing & anjing. kesian tgk anjing gelandangan ni.
Quote allshares 23-11-2024 09:42 AM
Takyah la. Mentality rakyat Malaysia ni masih terkebelakang. Ko buka je rumah gelandangan utk kucing, berduyun2 org g buang kucing kat situ. Kempen dulu owner kucing mandulkan kucing, educate, bagi promo harga permandulan. Tu salah satu 1st step yg penting.

Tgk shelter2 kucing dah la, Ade je org tau tu shelter kucing, mesti Ade Jr org g buang kucing kat sana. Sampai owner2 shelter tak nak share address shelter secara public.
Quote bakingsoda 23-11-2024 09:45 AM
Edited by bakingsoda at 23-11-2024 09:47 AM

cadangan ni dah bagus. rasanya satu perumahan kena ada pertubuhan/kelab haiwan sendiri, jd kalau ada peruntukan dr gomen dapat lah terus ke tangan pencinta haiwan, ahli2 kelab pon kena la tapis takut ada yg masuk berniat jahat lain, kot jd kartel supply daging kucing pulak. kucing dah vaksin + neuter risau jd sasaran buat lauk

tapi kalau aku mp, bini pm pulak tu baik pegi usul kat parlimen pinda dulu akta kebajikan haiwan. tutup dulu segala lubang punca lambakan haiwan jalanan; larang import kucing dan anjing, larang jual beli anjing dan kucing, pemilik haiwan tidak dibenarkan menternak kucing dan anjing walau bukan utk jual, boleh bela tapi wajibkan mandulkan, vet boleh main peranan kenalpasti. beratkan lagi hukuman pembuang kucing dan anjing, aku tak penah lagi nampak ada pembunag haiwan kena hukum, padahal bersepah cctv yg penah tunjuk org buang kucing dan anjing. yg selalu kena tindakan adalah sape yg baik pegi feed atau tlg pungut sorok dlm rumah takut kena aniaya. padahal anak bangnon yg cantik sorang tu pencinta kucing jugak, dia foster dan adopt kucing stray. menteri2 lapiji tengkusikal tu pon adopt kucing stray, pak mael pon pencinta haiwan, sed sadek idaman @kakikuDibibirmu pon ada kempen #adoptdontshop. nak ikutkan list ni bukan level calang2, semua menteri atau bekas menteri, even bekas pm. tapi tetap la berleluasa lagi kekejaman terhadap haiwan jalanan
Quote blue_blur 23-11-2024 09:49 AM
lebih baik buat public fund..... mana2 vet boleh claim.... mandulkan kucing dan anjing jalanan... tapi... setiap owner kucing dah kena daftar kan, ada tag pada kucing, takut kena kidnap hantar mandul tanpa izin oleh jiran...
Quote SalenaGomez 23-11-2024 09:51 AM
allshares replied at 23-11-2024 09:42 AM
Takyah la. Mentality rakyat Malaysia ni masih terkebelakang. Ko buka je rumah gelandangan utk kucing ...

Kenapa tempat shelter tu x open utk adoption kucing ya? Boleh je caj utk perubatan pulihkan kucing tu. So at least shelter ada flow keluar masuk
Quote SalenaGomez 23-11-2024 09:53 AM
makciktijah replied at 23-11-2024 09:32 AM
kucing & anjing. kesian tgk anjing gelandangan ni.

Skrg ni byk juga kes kucing, anjung kena tangkap buat makan2… pati myanmar belah2 sana depa mmg makan haiwan2 ni
Quote edayildiz 23-11-2024 09:57 AM
anjing sekali..i kecian kt anjing yg jaga tapak projek kt area ofis i..heshe selalu dk lepak tepi jln..muka bebetul atas jalan tar..dia buat mcm bantal..comel je...dh lori selalu jln situ..semoga ko slmt dek anj..
Quote Decaffeinated 23-11-2024 09:58 AM
Import lebih banyak Vietnam. Ecosystem di Malaysia ini tidak seimbang itu puncanya.
Quote bakingsoda 23-11-2024 09:59 AM
allshares replied at 23-11-2024 09:42 AM
Takyah la. Mentality rakyat Malaysia ni masih terkebelakang. Ko buka je rumah gelandangan utk kucing ...

bagi aku lah, yg paling ideal shelter cuma rumah transit utk kuarantin kucing dan anjing yg sakit, dalam rawatan, yg belum buat pemeriksaan kesihatan, yg belum mandul. yg sihat walafiat, dah vaksin neuter kena bagi bebas dlm masyarakat jd pengawal haiwan perosak dan berbisa. anjing jadi pengawal dr penceroboh/penjenayah manusia. baru la harmoni, saling memberi dan medapat perlindungan.

isu skrg ni majoriti takde kesedaran. yg bela haiwan takde otak nak pegi mandulkan supaya tak membiak, dah tak terkawal buang je tepi jalan. org kat luar yg tak suka haiwan2 ni pulak dgn penuh benci pegi aniaya dorang walaupon cuma mintak sikit makanan. kucing dan anjing yg kena aniaya ni mula rasa terancam, nak minta makanan takut, selongkar la tong sampah, kena marah lagi, pastu salah timing dlm keadaan rasa terancam dan lapar serang balik manusia. manusia report pbt suruh bunuh. mula dr manusia yg jahat, berakhir di tangan manusia yg jahat. tapi yg disalahkan dan dihukum? haiwan terbiar + pencinta haiwan yg dah tatau nak gadai ape lagi tolong haiwan.
Quote edayildiz 23-11-2024 10:00 AM
bakingsoda replied at 23-11-2024 09:45 AM
cadangan ni dah bagus. rasanya satu perumahan kena ada pertubuhan/kelab haiwan sendiri, jd kalau ada ...

kannnn setuju..hrp2 org org kita doberi kesedaran jgn aniayai binatang..kucing tu otak dia level bdk dua thn je kot..
xsuka kucing xpe je jgn aniayai..

Quote edayildiz 23-11-2024 10:02 AM
mcm kt turkiye stray cat sana gemokk xkuwus mcm kt kita...pastu i oernah tgi cite turkiye..ada stray cat interprem dom cite tu ot tepo jln..bersih helok..crew dorg xde pulak kutip kucing tu ke halau...elok je stray cat tu lalu tepi masa dorg dk shooting
Quote TomyamPuteh 23-11-2024 10:03 AM
Byk pulak hanjeng liar yg muncul lps projek kuartes DBKL naik dkt sblh Sek Sains tuh.
Quote kepompong 23-11-2024 10:04 AM
sebut azizah kekadang terkonpius ngan azizah 1 lagi
Quote bakingsoda 23-11-2024 10:11 AM
SalenaGomez replied at 23-11-2024 09:51 AM
Kenapa tempat shelter tu x open utk adoption kucing ya? Boleh je caj utk perubatan pulihkan kucing ...

bukan tak open, tapi kucing kg sape je nak? kalau kucing kg ni pencinta haiwan je sanggup bela masalahnya kalau dah namanya pencinta2 haiwan, semua pon dah rescue dan bela banyak kucing kat rumah. tinggal la marketnya org2 yg takde kucing kat rumah. yg takde kucing kat rumah ada dua sebab; mmg tak suka atau takut kucing, suka dan tak takut. dlm kalangan yg ok dgn kucing split lagi; nak bela dgn tak nak bela. golongan nak bela pon kena bahagi lagi; memilih baka dgn tak pilih baka. yg memilih baka ni jijik wey ngan kucing stray/kg, maka tinggal la yg tak memlilih baka. dah berapa kerat je tu manusia yg berpotensi adopt? kucing ni hari2 jd mangsa buangan berpunca dr manusia yg tak neuter kucing!
Quote honeybee1802 23-11-2024 10:13 AM
pocongkiutss replied at 23-11-2024 12:32 AM
Ada rumah kalau x terjaga pun buat naya kt binatang..mcm yg kt Klang tu..yg penting tlglah neuter me ...

Tul tu cong...area iols sekarang kurang stray cats sbb bil stray dogs plak meningkat...kami pung mcm berasimilasi dsh dgn depa...dah panggil pbt...time pbt mai depa hilang...penah la terpijak najis meghullazoh ni...pastu iols bebel la kt depa...

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.154273 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top