KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan memperluaskan diskaun saman ke balai-balai polis seluruh negara pada bulan hadapan. Pengarahnya, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pemberian diskaun saman sebanyak 60 peratus sempena Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 akan menjadi penanda aras kepada program berkenaan. Katanya, jumlah diskaun saman itu bergantung kepada perbincangan selepas ini. “Kita selesaikan dahulu pembayaran saman di program Dua Tahun Madani sehingga Ahad ini. Kemudian kita akan bermesyuarat kita jangka ia (program diskaun saman seluruh negara) seawal pertengahan bulan depan. “Tetapi kadarnya (jumlah diskaun) kita akan kaji. Diskaun 60 peratus ini istimewa sempena program ini sahaja (2TM). Kadarnya mungkin 30 atau 50 peratus,” katanya ketika ditemui ketika melakukan tinjauan di kaunter saman PDRM di Pusat Kovensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Yusri berkata, setakat pukul 3 petang tadi, sebanyak 11,620 saman telah diselesaikan melibatkan jumlah RM1.03 juta. “Setakat pukul 3 petang tadi, kira-kira 3,000 orang sudah menyelesaikan saman dan kita jangka esok dan lusa akan lebih ramai kerana cuti hujung minggu. “Untuk keselesaan pengunjung, kita menyediakan 25 kaunter pembayaran saman termasuk tujuh kaunter untuk orang kurang upaya (OKU), warga emas dan ibu mengandung. “Kita turut menyediakan 21 mesin pembayaran layan diri dan 520 kerusi untuk keselesaan orang ramai menunggu sebelum membuat pembayaran saman,” katanya. Sumber : KOSMO |
bunnyj3lly replied at 23-11-2024 07:46 AM
What a joke. Orang buat kesalahan, dapat reward instead pengajaran. Lepas ni, tak payah bayar saman ...
bunnyj3lly replied at 23-11-2024 07:46 AM
What a joke. Orang buat kesalahan, dapat reward instead pengajaran. Lepas ni, tak payah bayar saman ...
ADVERTISEMENT