CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahkamah gugur pendakwaan ke atas Thaksin Shinawatra

22-11-2024 10:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 48911| Komen: 4

 


BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand menggugurkan dakwaan terhadap Thaksin Shinawatra dan parti pemerintah yang disokong keluarganya.

Perkembangan itu sekali gus memberikan kelegaan kepada kerajaan diterajui anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand itu selepas ia dibentuk kurang tiga bulan lalu.

Mahkamah dalam kenyataan hari ini, memaklumkan tidak akan meneruskan petisyen difailkan peguam aktivis, Theerayuth Suwankaesorn.

Mengikut perundangan Thailand, tidak berada dalam kawalan atau pengaruh mana-mana parti menjadi asas pengguguran kes berkenaan.

Beliau yang sebelum ini terbabit dalam pembubaran Parti Move Forward (MFP), memohon perintah ke atas Thaksin dan Parti Pheu Thai (PTP) bagi menghentikan semua dakwaan usaha menggulingkan rejim demokrasi dengan raja sebagai ketua negara.


Thaksin yang pernah dilantik sebagai Perdana Menteri selama dua penggal dan antara ahli politik paling popular di Thailand, tidak menganggotai PTP walaupun beliau dianggap sebagai pemimpin de facto parti itu.


Beliau secara meluas dianggap memiliki pengaruh besar dalam menentukan hala tuju kerajaan diterajui anak bongsunya, Paetongtarn Shinawatra.

Perkembangan itu ketika ini mengurangkan beberapa risiko ketidaktentuan politik dan kegelisahan pelabur di Thailand selepas kejutan keputusan mahkamah sama menyingkirkan bekas Perdana Menteri, Srettha Thavisin, susulan kes pelanggaran etika.

Mahkamah turut membubarkan parti pembangkang terbesar Thailand, MFP susulan kempennya untuk meminda undang-undang melarang kritikan terhadap keluarga diraja.

Sejak mengambil alih kuasa pada September lalu, Kabinet diterajui Paetongtarn menjadi perhatian berikutan dakwaan kawalan Thaksin ke atas parti pemerintah dan kerajaan yang diterajui PTP.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya melancarkan siasatan terhadap dakwaan pengaruh Thaksin, susulan beberapa petisyen difailkan aktivis dan pihak lawan bekas Perdana Menteri berkenaan.

Pemimpin berusia 75 tahun itu kembali ke Thailand pada 2023, selepas hidup dalam buangan selama 15 tahun dengan ia dilihat sebagai sebahagian perjanjian bersama golongan diraja demi membantu parti konservatif kekal berkuasa.

Sejak menjalani hukuman penjara dengan tempoh diringankan pihak diraja, Thaksin dilihat aktif berkempen untuk PTP pada pilihan raya tempatan, selain turut mengemukakan cadangan dasar bagi memulihkan ekonomi negara kepada kerajaan.

Thailand berdepan kekacauan politik awal tahun ini, apabila Mahkamah Perlembagaan mengarahkan pembubaran MFP kerana kempen pilihan rayanya yang mahu meminda undang-undang melindungi keluarga diraja daripada kritikan.

MFP memenangi pilihan raya umum tahun lalu, tetapi dihalang daripada membentuk kerajaan oleh kumpulan pro-diraja dan disokong tentera, yang kemudiannya bersekutu dengan bekas saingan, PTP.


Sumber : – Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mariposa. 22-11-2024 10:05 PM
yg perempuan cantik aritu tu bkn ke ank sedara heols?
agak familiar jgk ngn thaksin.sbb i ingt selalu keluar psl dia zaman kegemilangan dia..
Quote mariposa. 22-11-2024 10:06 PM
ok ank perempuan dia
Quote aavakateimani 23-11-2024 07:00 AM
anak beranak die je yg jadi kerajaan sampai la ajm
Quote aavakateimani 23-11-2024 07:00 AM
bila la nak selesai politik thai ni

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.039133 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top