CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemuda UMNO bantah pelaksanaan kerja 45 jam seminggu - "Keputusan ini adalah ketidakadilan kepada pekerja syif"

22-11-2024 10:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 49218| Komen: 7

 


MELAKA: Pemuda UMNO membantah pelaksanaan penyelarasan waktu bekerja bagi sektor awam daripada 42 jam seminggu kepada 45 jam seminggu berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/2024 berkaitan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diumumkan baru-baru ini.

Ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata pihaknya bimbang keputusan itu akan memberi kesan kepada kakitangan bekerja secara syif termasuk di sektor keselamatan dan kesihatan yang membabitkan ribuan di seluruh negara.

Katanya, sebagai petugas barisan hadapan yang menjaga kesihatan dan keselamatan rakyat, mereka sentiasa berdepan dengan cabaran berat dengan melaksanakan tugas tanpa henti, termasuk lewat malam, hujung minggu dan cuti umum bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin.

"Keputusan untuk meningkatkan waktu bekerja ini bukan sahaja tidak menghargai pengorbanan mereka, malah berisiko menambah tekanan kepada mereka yang ketika ini sedia terdedah kepada risiko 'burn out'.


"Keputusan ini adalah ketidakadilan kepada pekerja syif dan cadangan ini dilihat tidak mengambil kira realiti mereka yang berbeza daripada kumpulan pekerja pada waktu pejabat biasa.

"Antaranya, waktu kerja tidak menentu, kehilangan cuti umum dan tekanan fizikal dan mental yang tinggi berdasarkan perkhidmatan diperlukan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Akmal memohon kerajaan dan agensi berkaitan untuk meneliti semula keputusan itu dengan mempertimbangkan supaya mengekalkan waktu bekerja 42 jam seminggu bagi pekerja yang bekerja secara syif serta memberi pampasan atau cuti gantian kepada pekerja syif yang bertugas pada cuti umum.

Selain itu, beliau juga meminta kerajaan mempertimbangkan pengenalan polisi kiraan jam setara bagi menjaga kebajikan penjawat awam yang bekerja secara syif dan polisi terbabit dicadangkan untuk memastikan setiap jam kerja selepas jam 5 petang dikira lebih daripada satu jam sebenar.

Katanya, ini mengambil kira waktu bekerja berkenaan berada di luar waktu kerja biasa, yang mana bukanlah waktu ideal untuk manusia bekerja.

Menurutnya, melalui pendekatan ini, penjawat awam bekerja secara syif dapat mencapai jumlah jam kerja setara dengan penjawat awam yang bekerja pada waktu biasa.

"Dengan mengambil kira jumlah hari bekerja selama lima hari seminggu, setiap penjawat awam yang bekerja secara syif akan mempunyai jumlah waktu bekerja setara 45 jam seminggu, termasuk lima jam rehat tengahari (1 jam sehari X 5 hari).

"Polisi ini bukan sahaja dapat memastikan kesaksamaan tetapi juga menghargai pengorbanan penjawat awam yang bekerja di luar waktu bekerja normal.

"Pada masa sama, Pemuda UMNO juga mencadangkan supaya kerajaan membabitkan juga wakil pekerja dalam membuat keputusan dasar berkaitan kebajikan mereka dan mengutamakan kesejahteraan pekerja untuk meningkatkan produktiviti mereka," katanya.

Akmal berkata kebajikan pekerja sektor awam, khususnya terbabit dengan perubahan ini perlu dijaga dengan mengutamakan kebajikan dan produktiviti mereka yang membanting tulang dalam usaha membangunkan negara.

"Pemuda UMNO akan terus memperjuangkan nasib pekerja sektor awam dan memastikan kebajikan mereka tidak diabaikan. Kami juga akan mengemukakan surat bantahan rasmi kepada pihak berkaitan untuk menegaskan pendirian ini," katanya.

Sumber : – Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aavakateimani 23-11-2024 07:01 AM
gmbr je pun dah rasa bingit
Quote aavakateimani 23-11-2024 07:02 AM
cara la jln penyelesaian bukan bantah
Quote Sazreena 23-11-2024 12:45 PM
Skang ni pun bukannya keje full 42 jam...walaupun bukan semua jabatan, tapi perangai punch card pastu gi minum, hantar/ambik anak, kaunter 5 bukak 2 still on enn..
Quote forum5290 23-11-2024 02:44 PM
Sazreena: Skang ni pun bukannya keje ful ...



Yg keje buka kaunter to keje waktu pejabat yer...bkn keje shift....y p amik anak g minum to...to mereka y keje wktu pejabat....harap maklum yer sis...

Y keje shift...,mereka xbuka kaunter yer....mereka xde yer amik ank,..mkn mnum pn mereka xdan....ada kala mereka xdan pn nk rehat....

Harap dpt ler beza kan pekerja shift dgn wktu pjbt...
Quote caprut 23-11-2024 02:45 PM
aavakateimani replied at 23-11-2024 07:02 AM
cara la jln penyelesaian bukan bantah

Hospitsl buat ofis hour je
Quote caprut 23-11-2024 02:46 PM
Sazreena replied at 23-11-2024 12:45 PM
Skang ni pun bukannya keje full 42 jam...walaupun bukan semua jabatan, tapi perangai punch card past ...

Ko kerja ofis hour swasta pon nk kerja wfh at least seminggu sekali kalau boleh nk hari2. Sebab tu aku ckp kesihatan ptot diswastakan
Quote grouper 23-11-2024 03:16 PM
Terbaik madani

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.038727 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top