CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

189,580 peminjam tak bayar PTPTN adalah penerima STR

21-11-2024 10:52 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 36816| Komen: 20

 



Kuala Lumpur: Seramai 189,580 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang belum membuat bayaran balik kemudahan pembiayaan itu terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, jumlah itu bersamaan 45.7 peratus daripada 415,109 peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik sehingga 31 Ogos tahun ini.

"Berdasarkan data peminjam yang tersedia, daripada keseluruhan 415,109 peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik sehingga 31 Ogos 2024, seramai 189,580 peminjam atau 45.7 peratus adalah daripada kumpulan penerima STR.

"Selain itu, 225,529 peminjam atau 54.3 peratus terdiri daripada bukan kumpulan penerima STR," katanya dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen.

Beliau menjawab pertanyaan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) mengenai jumlah peminjam PTPTN yang sudah bekerja dan gajinya melebihi RM3,000 tetapi tidak pernah membuat sebarang pembayaran balik kepada PTPTN.


Mengulas lanjut, Zambry berkata, PTPTN hanya mempunyai data peminjam yang diperoleh semasa mereka membuat permohonan dan masih belum mempunyai pendapatan.

September lalu, Zambry dilaporkan berkata, seramai 430,000 peminjam PTPTN tidak pernah membuat sebarang bayaran balik pinjaman yang bernilai keseluruhan RM6 bilion, biarpun sebahagian mereka sudah bekerja.

Katanya, perkara itu turut dibincangkan di Kabinet bagi mengatur langkah selanjutnya termasuk kemungkinan mengambil tindakan perundangan terhadap mereka yang culas membayar hutang PTPTN.



Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ipanimanz1 21-11-2024 11:32 PM
duit ada cukup2 utk mkn saja. kalau x layak dpt str, bolehla byar. nk survive hidup pun kena tunggu bantuan kerajaan
Quote akies 22-11-2024 12:00 AM
430 000 , ramai tul culas nk bayar.
Quote sayurmayur88 22-11-2024 08:06 AM
hutang wajib dibayar.. iolls berdoa semoga iolls cepat2 lah langsaikan hutang (rumah, kereta) cepat2, taknak la hari2 bergeluman dengan dosa (ribah) ni...
#side note : kadang iolls 'jeles' ngan anak2 orka, lahir2 dah ada reta orka bagi
Quote aavakateimani 22-11-2024 08:42 AM
byr la kalo ade duit
Quote aavakateimani 22-11-2024 08:42 AM
forgive student debt
Quote AnnaSendin 22-11-2024 09:18 AM
Bayar sajork adik² iols yang bijak pandai. Buat penstrukturan semula walaupon hutang akan bertambah. RM100 sebulan pon boleyh dik.
Quote msdummy.2018 22-11-2024 09:19 AM
Nampakkkk? Silap2 yang dpt anugerah dekan pun sama penerima str..bukan mudah...yg mana ada kwsp tuh kuarkan jerlah g bayar..aku pun byr hbs guna kwsp...
Quote snowflakes 22-11-2024 09:27 AM
Bayar je la rm100 sebulan... lama2 habis juga...
Quote silance 22-11-2024 09:35 AM
Kuala Lumpur: Seramai 189,580 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang belum membuat bayaran balik kemudahan pembiayaan itu terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).


Check juga jika mereka ada akaun langganan astro atau netflix.
Quote Gianna111 22-11-2024 10:32 AM
i ada kenal seorang yang culas bayar PTPTN dengan alasan tak cukup makan. yes true. banyak komitmen memang gaji cukup makan. tapi tiap kli gaji akan reward diri sendiri dengan makan mahal-mahal.once a while ok la..but what if every month?bayarla ptptn rm10 sebulan sekali pun.
Quote fly_in_d_sky 22-11-2024 11:23 AM
dah habis bayar .. lega gila
Quote ekselen 22-11-2024 01:22 PM
silance replied at 22-11-2024 09:35 AM
Kuala Lumpur: Seramai 189,580 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang bel ...

check jgk kalau2 mereka ni pemilik aipong
Quote nazurah 22-11-2024 01:29 PM
bebudak ni kena ada mak ayah yang mengingatkan. masa belajor pinjam ptptn dah kerja jangan pepura lupa pulak. bukan banyak pun...seratus lebih jek pun.

kalau yang tak kerja tu, berapa lama lepas grad korang tak kerja?

dahulukan yang wajib...
Quote edayildiz 22-11-2024 01:33 PM
ada x dikalangan tu acik porem yg taksub ngn retis mcm disinun...jgn tnjk hebat kt porem je..mitk artis ksygn tlg byrkn  ptptn tu sekali..kesian hidup nk ciom bontot retis
.i nampak sendu je kt porem yini tp xde hutang ptpn tau..
Quote mrs669 22-11-2024 04:18 PM
Interest PTPTN sekarang berapa?
Quote sharlenetexas 22-11-2024 04:35 PM
Edited by sharlenetexas at 22-11-2024 04:49 PM
edayildiz replied at 22-11-2024 01:33 PM
ada x dikalangan tu acik porem yg taksub ngn retis mcm disinun...jgn tnjk hebat kt porem je..mitk ar ...


Nasib baik dulu iols tak ambil ptptn.

Quote Clan204 22-11-2024 04:38 PM
terbaik semua yg tak bayar... harus kekalkan hati keras drpd bayar ikut kata pembangkang yg dulu tu. hahahaha
Quote Kitty_catz 22-11-2024 04:58 PM
oleh sbb korang tak bayar tu la adik2 dr masa hadapan ni tak leh nak buat loan ptptn dah

so pls jgn selfish yach.. utang mesti dibayo
Quote edayildiz 22-11-2024 05:19 PM
sharlenetexas replied at 22-11-2024 04:35 PM
Nasib baik dulu iols tak ambil ptptn.

kannnn..kt yg bebetul xmampu byr i tumpang simpati..i hrp Allah permudahkan urusan mereka dan dimurahkan rezeki yg mencurah mencurah utk byr hutang..tp utk acikporem jht kt forum ni no doa for u
kaka u sht ke..lama xnampak

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.034725 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top