CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada bukti adanya aktiviti makhluk asing – Pentagon

18-11-2024 07:34 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21880| Komen: 7


 


WASHINGTON – Tiada bukti untuk menyokong pelbagai dakwaan yang mengatakan bahawa terdapat aktiviti makhluk asing di Bumi, demikian menurut penegasan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) seperti laporan laman berita RT semalam.

Pentagon membuat rumusan itu walaupun menerima beratus-ratus laporan mengenai penampakan objek terbang tidak dikenali (UFO).

Dokumen yang tidak diklasifikasikan dari Pejabat Resolusi Anomali Semua-Domain (AARO) Pentagon memperincikan peningkatan ketara dalam penampakan fenomena anomali (UAP) yang tidak dikenal pasti. Ia merupakan istilah tentera untuk UFO.

Pentagon menubuhkan AARO pada 2022 untuk mengenal pasti dan menyelesaikan penampakan UAP.

Sejumlah 485 laporan diterima dari Mei 2023 hingga Jun 2024.

Sebanyak 118 kes telah diselesaikan dalam tempoh berkenaan, yang kesemuanya didapati merupakan objek seperti belon, burung dan pesawat tanpa juruterbang.


Laporan berdasarkan data yang dikumpul daripada anggota tentera, pemerhati awam dan sistem radar canggih itu bagaimanapun menekankan keperluan untuk melakukan siasatan lanjut mengenai kejadian-kejadian misteri tersebut.

“Banyak kes lain masih tidak dapat diselesaikan dan AARO meneruskan pengumpulan serta analisis ke atas kes-kes itu,” kata AARO.



Sumber - KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 18-11-2024 07:44 AM
Sebenarnya,

ada sejarah korang cuba nak padamkan kan?
Quote KamikuP 18-11-2024 08:14 AM
kNP ufo SERING NAMPAK KAT us TAPI X NAMPAK KAT AREA NUSANTara ni ekkk?
Quote hokeypokey 18-11-2024 12:26 PM
pulak dah.. kaki spin btul US ni
Quote ultra78 18-11-2024 01:00 PM
KamikuP replied at 18-11-2024 08:14 AM
kNP ufo SERING NAMPAK KAT us TAPI X NAMPAK KAT AREA NUSANTara ni ekkk?

Mohon pakar nusantara @nusaraya jawab.
Quote lightheaded67 18-11-2024 06:09 PM
bukan ke sains

aMx7jlqk_700w_0.jpg
Quote kotakbaju 18-11-2024 06:21 PM
KamikuP replied at 18-11-2024 08:14 AM
kNP ufo SERING NAMPAK KAT us TAPI X NAMPAK KAT AREA NUSANTara ni ekkk?

Us sendiri yang create watak ufo tu. Memang le selalu nampak melilau kat sana.

Macam ticer chazey cakap diorang ada sesuatu yang nak cuba disembunyikan. Ada la diorang punya agenda tu.
Quote becir 18-11-2024 06:25 PM
pokcik trump janji tu hari nak release doc berkaitan ufo bila menang kan..bilanya? nak tau gak aliens tu bukannya makhluk, sekadar microbe whatever ke..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.121377 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top