IPOH – Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menafikan dakwaan bahawa bunyi dentuman kuat dan gegaran yang berlaku di Ipoh semalam berpunca daripada Hujan Meteor Orionids. Memetik Kosmo, Ketua Pengarah MYSA, Azlikamil Napiah, menjelaskan bahawa kejadian sekitar jam 11 pagi itu tidak melibatkan fenomena angkasa, kecuali sisa meteor ditemukan di bumi. Menurutnya, meteor bersaiz besar yang berpotensi memberi impak kepada bumi boleh dikesan lebih awal sebelum memasuki atmosfera. “Hujan meteor sering berlaku, tetapi sisa komet biasanya melintasi atmosfera tanpa menyebabkan gegaran atau bunyi, kerana ia terbakar dan terurai sebelum mencapai bumi,” katanya, mengulas spekulasi dalam talian mengenai kejadian tersebut. Hujan Meteor Orionids berlaku setiap tahun apabila bumi melintasi laluan orbit Komet Halley, dengan titik kemunculannya di kawasan buruj Orion.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
Isninselasarabu replied at 23-10-2024 02:39 PM
Aku rase kuari
ADVERTISEMENT