CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih 300,000 individu hilang kerja sejak 2020 - Kementerian Sumber Manusia

21-10-2024 11:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 31659| Komen: 5

 


KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) mendapati seramai 293,639 pekerja kehilangan pekerjaan sejak 2020 sehingga September tahun ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, terdapat tujuh industi paling terkesan dalam tempoh tersebut.

Menurutnya, ia membabitkan sektor pembuatan seramai 75,615 orang, sektor perdagangan borong dan runcit (43,614) serta sektor aktiviti profesional, saintifik dan teknikal (23,907).

“Selain itu, sektor sistem teknologi maklumat (ICT) seramai 19,931 orang, sektor penginapan serta aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman (23,124).

“Bagi sektor pembinaan pula melibatkan seramai 21,233 orang, sektor pengangkutan (20,953) dan lain-lain sektor (65,262),” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) berkaitan industri yang terkesan disebabkan peningkatan automasi dan kecerdasan buatan.


Mengulas soalan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) mengenai langkah meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam sektor teknologi dan industri 4.0, Abdul Rahman berkata, perkara itu sedang dilaksanakan melalui pelbagai program latihan kemahiran.

Katanya, menurut statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), sebanyak 575,044 pencari kerja aktif direkodkan dari Januari hingga September di Portal MYFutureJobs, berbanding 125,956 kekosongan jawatan yang diiklankan.

“Bagi menangani cabaran guna tenaga tidak penuh, Kesuma telah memperkenalkan Program Latihan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan dan Skim Latihan Bakal Pekerja (FWT).

“Selain itu, Kursus Berfokuskan Industri 4.0 dan Kerjasama Strategik dan Pusat Teknologi serta Pembiayaan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk Pelatih,” ujarnya.

Tambah Abdul Rahman, Kesuma komited untuk memastikan graduan dan pekerja tempatan mampu menghadapi cabaran ekonomi masa hadapan dengan kemahiran yang diperlukan, terutama dalam sektor teknologi dan Industri 4.0 termasuk automasi dan kecerdasan buatan. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 23-10-2024 04:43 PM
come 2025 ie next year rasa lg tak banyak vacancies yach sbb byk added cost, rega barang ke service pun naik jugak la rasanya

1) feb min wage rm1,700 , ketimbang ( pinjam word pmx ) rm1,500  in 2022
2) caruman kwsp for foreign workers tp takde details lagi berapa %
3) e-invoicing utk semua kecuali company revenue below rm300K - so ni extra cost la sbb kena beli software + hardware, add new personnel ke, anto training ke
4) sst revision - ni pun tak sure
5) cukai karbon n keluli - yg berkait
6) perlaksanaan gaji progresif - ni jadual tak keluar lagi tp contoh mech engineer rm3.3K/ mo camtu la

so atas sebab2 di atas.. brace for the impact la.. tu je la nak kabo.. so company salunya akan cut cost , kerah je tenaga mana yg ada tu

Quote makciktijah 23-10-2024 04:58 PM
kena utamakan rakyat tempatan. dah boleh paksa hantar balik warga asing yg bekerja selain kat ladang, jd buruh binaan dan bibik. gaji dah sama minimum 1.7k, majikan boleh amik orang tempatan je.
Quote Skuau 23-10-2024 06:07 PM
Kami sudah perintah ini negara...JANJI 1 JUTA PELUANG PEKERJAAN itu hanya untuk meraih undi...BODOH tak korang??? -Sotong
Quote BawangCaramel 24-10-2024 12:46 AM
Quote green~tea 24-10-2024 08:55 AM
And that 300k peopleeeee sudah masuk kerja balik

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.035123 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top