CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesawat penumpang SAM Air terhempas, semua terbunuh

21-10-2024 08:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14626| Komen: 15

 


JAKARTA – Seramai tiga kru dan seorang penumpang penerbangan SAM Air terbunuh apabila pesawat berkenaan terhempas di kawasan sawah padi dekat Lapangan Terbang Bumi Panua Pohuwato dalam wilayah Gorontalo hari ini, lapor saluran berita CNN Indonesia.

“Benar, seramai empat orang terbunuh apabila pesawat itu terhempas,” kata pegawai di Pejabat Pencarian dan Pertolongan Gorontalo, Heriyanto.

CNN Indonesia menyiarkan badan pesawat digenangi air dan lumpur di lokasi nahas, manakala bahagian depan termasuk muncung pesawat hancur.

Pesawat dengan nombor pendaftaran PK SMH itu berlepas dari Lapangan Terbang Djalaluddin menuju Lapangan Terbang Bumi Panua Pohuwato.

Bagaimanapun, sekitar pukul 7.03 pagi(waktu tempatan), kapal terbang membawa tiga kru dan seorang wanita itu dilaporkan terputus hubungan dan terhempas.

Pasukan gabungan mencari dan menyelamat(SAR) yang dikerahkan ke lokasi nahas menemukan empat mangsa dalam keadaan tidak bernyawa.


“Empat korban meninggal dunia.di lokasi kejadian terdiri daripada juruterbang, pembantu juruterbang, jurutera dan seorang penumpang.

“Semua mayat mangsa telah dibawa keluar,” jelas Heriyanto.

Punca nahas masih belum diketahui. – AGENSI

SUMBER: Kosmo

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 21-10-2024 08:11 AM
siannye
Quote Perawankota 21-10-2024 08:44 AM
Ni private jet ke?
Quote tossee 21-10-2024 09:04 AM

Kapal twin otter, kat malaysia maswing & sks airways operate kapal ni.
Quote Perawankota 21-10-2024 09:07 AM
tossee replied at 21-10-2024 09:04 AM
Kapal twin otter, kat malaysia maswing & sks airways operate kapal ni.

Ooo paham2
Quote misszazaz 21-10-2024 09:09 AM
Takziah pada semua mangsa
Quote Firenzza 21-10-2024 09:33 AM
Byk betul kes kplterbang indon nih, pilot diorg dpt lesen terbang kot, ker budak2 maintenance terlebih tengok TikTok lagu dangdut
Quote venom1 21-10-2024 12:46 PM
Dapat juga dia rakam
Quote Matyam 21-10-2024 01:54 PM
Salam takziah
Quote syamzana 21-10-2024 03:09 PM
salam takziah.
muncung kapatebang hancur
Quote lipans 21-10-2024 03:11 PM
kapalterbang jenis ni, banyak terbang ke pulau-pulau. maklum la mereka banyak pulau. pernah naik satu kapalterbang, max 12 orang penumpang je.
Quote fanaz82 21-10-2024 03:19 PM
salam takziah. nampak macam ringan je kapal terbang jenis ni
Quote pejol 21-10-2024 03:41 PM
oh yg ni ler..tengok gak vid kat tt tadi..takziah
Quote LoveSungmin 21-10-2024 09:00 PM
sorang penumpang je kan? i ingatkan chartered flight..
Quote dubuk 21-10-2024 09:02 PM
Salam takziah..
Quote green~tea 21-10-2024 09:10 PM
Innalillahi wainna ilaihi rojiun

Aku ada baca news lalu sebaris tp aku tak amek pot location


Zakarta rupanya

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.049679 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top