CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes katak melompat, Zuraida bakal bankrap?

3-10-2024 10:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25494| Komen: 14|Original author: maklukpenggoda


PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan, di sini, menetapkan 11 Disember depan bagi menyampaikan keputusan permohonan rayuan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zuraida Kamaruddin terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan beliau membayar RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon.

Peguam PKR, Navpreet Singh mengesahkan tarikh itu kepada media selepas pengurusan kes hari ini.

Hakim Datuk Akhtar Tahir yang membenarkan saman parti politik itu selepas mendapati bon tersebut sah dan kontrak yang mengikat, turut mengarahkan bekas menteri itu membayar kos guaman RM50,000 pada 23 Jun tahun lepas.

Ini selepas saman difailkan bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada September 2020 yang menuntut RM10 juta daripada Zuraida kerana didakwa melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti yang ditandatangi pada 25 April 2018.

Dalam pernyataan tuntutan, Saifuddin mendakwa Zuraida telah menandatangani bon sebanyak RM10 juta berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan.

PKR mendakwa Zuraida telah bersetuju untuk membayar parti sejumlah RM10 juta selewat-lewatnya tujuh hari sekiranya berlaku beberapa perkara selepas memenangi pilihan raya atas tiketnya seperti meletak jawatan dalam parti atau bergabung dengan pihak lain atau menjadi wakil rakyat bebas.

Parti itu mendakwa pada 24 Februari tahun lepas, Zuraida dalam satu kenyataan bersama 10 Ahli Parlimen PKR yang lain telah mengumumkan peletakan jawatan namun beliau kekal sebagai Ahli Parlimen Ampang iaitu kerusi yang dimenanginya atas tiket PKR dan seterusnya membentuk blok baharu dikenali sebagai Perikatan Nasional.

PKR menuntut agar Zuraida membayar RM12,049,459.20 mengikut Seksyen 71 Akta Kontrak, faedah lima peratus setahun, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Namun ketika membela diri, Zuraida mendakwa, beliau dipaksa menandatangani bon dengan parti itu untuk menjadi calonnya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.


Sumber : MalaysiaGazette

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shi_jewel 3-10-2024 07:39 AM
moral of the story, ko jgn jadi katak lagi lepas ni.

motto perjuangan untuk rakyat terus jadi perjuangan utk diri sendiri.
Quote pokokmeranti 3-10-2024 07:39 AM
boleh mula dari bawah semula
Quote mat_arof 3-10-2024 08:05 AM
harap lepas ni benam terus karier mak lampir ini
Quote maklukpenggoda 3-10-2024 10:39 AM
[twitter]https://twitter.com/ramziharun62764/status/1841313728916258955?s=61[/twitter]
Quote mayaHD 3-10-2024 10:52 AM
muka ngan perangai sama huduh
Quote manopBKK 3-10-2024 11:50 AM
terus tenggelam sejak abah jatoh
Quote johan-adx 3-10-2024 12:12 PM
yg lg 9 org mcmana?
Quote suri33 3-10-2024 10:20 PM
Weh muka diaaa
Quote B40tastePosh 3-10-2024 10:21 PM
Babai Zuraidah

Muka pun dah macam Katak...dulu Ibrahim Ali terserlah muka Katak nye.
Quote manop 3-10-2024 10:25 PM
buh byeeee...buat la pusat rawatan kecantikan sama si Rina
Quote kucim 4-10-2024 01:36 AM
Hari tu 2018 kata nak settle bangunan highland tower yg dah jd rumah hantu ...

Sampai skrg janji tinggal janji...
Quote nurul_akmar 4-10-2024 12:15 PM
kalau la jemin, kak zu sume ni x lompat2, rasanya dh jd menteri dh ni.. x berbaloi buat langkah ape tah dulu.. kejap sgt merasa jd menteri.
Quote Kitty_catz 4-10-2024 02:23 PM
bye bye mak lampirrr

bye bye jemin sembughit

bye bye rina anak pak harun

moga pergi tak kembaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Quote Orix 4-10-2024 02:45 PM
nurul_akmar replied at 4-10-2024 12:15 PM
kalau la jemin, kak zu sume ni x lompat2, rasanya dh jd menteri dh ni.. x berbaloi buat langkah ape  ...

Langkah Kajang ke Langkah Sheraton ?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.131224 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top