BEIJING – Seorang nenek berusia 77 tahun bertarung dengan seekor babi hutan yang menyerangnya sehingga haiwan liar itu mati di kawasan pergunungan Zhaotong, selatan China, lapor laman berita Daily Star semalam. Wanita itu bergelut dengan haiwan tersebut ketika ia melakukan serangan tidak dijangka semasa dia berada di sebuah kawasan. Dengan keazaman yang kuat, dia berjaya menewaskan haiwan itu menggunakan sabit. Walaupun babi itu menggigitnya beberapa kali semasa pergelutan tersebut, wanita berkenaan berjaya menumpaskannya. Kejadian itu berlaku pada 27 September lalu dan gambar mengenainya kini tular di media sosial. Ramai netizen memuji wanita tersebut dengan ada yang menulis bahawa dia seorang pejuang yang kuat. – AGENSI Sumber - Kosmo |
ADVERTISEMENT