CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Selangor dijangka hidup paling lama - Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

1-10-2024 12:13 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 45758| Komen: 7

 


PETALING JAYA – Penduduk Selangor dijangka hidup paling lama berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Jadual Hayat Ringkas Malaysia 2022-2024 menunjukkan Terengganu mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah bagi tempoh sama.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, terdapat tiga negeri mempunyai jangkaan hayat melebihi paras nasional pada 2024 iaitu Selangor, Labuan dan Kuala Lumpur.

“Jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi lelaki dan perempuan mengikut daerah pentadbiran pada 2024 dicatatkan di Petaling, Selangor (80.2 tahun), manakala Samarahan, Sarawak, tertinggi bagi 2023 (79.6 tahun) dan 2022 (79.5 tahun),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kuala Penyu, Sabah pula mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah bagi tempoh 2022-2024, yang mana secara keseluruhannya sebanyak 31 daripada 156 daerah melepasi jangka hayat di peringkat nasional.


“Jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi lelaki di Samarahan, Sarawak (79.6 tahun), manakala perempuan di Petaling (82.1 tahun),” ujarnya.


Beliau berkata, bagi tempoh 2014 hingga 2019, jangkaan hayat ketika lahir meningkat 0.3 tahun dengan lelaki meningkat 0.1 tahun manakala perempuan pula 0.4 tahun.

Walau bagaimanapun jelas Mohd. Uzir, bagi 2020 hingga 2022, jangkaan hayat ketika lahir menurun 0.9 tahun dengan lelaki menurun 1.0 tahun, manakala perempuan pula 0.8 tahun.

“Bagi tahun 2023 hingga 2024, jangkaan hayat ketika lahir mencatatkan peningkatan sebanyak 1.2 tahun.

“Peningkatan ini disebabkan jumlah kematian pada tahun 2023 dan 2024 telah berkurangan berbanding 2021 dan 2022 yang mana berlakunya lebihan kematian semasa pandemik Covid-19,” jelasnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 1-10-2024 12:55 AM
Orang Selangor gemar makan makanan berkualitas
Quote kemaruk 1-10-2024 01:19 AM
kalau tak sembahyang apa gunaaaa nyaaa
Quote misszazaz 1-10-2024 04:59 PM
hhrmmmm
Quote vanilacup 1-10-2024 05:02 PM
Faktor fizikal geografi? Kurang stress? Pemakanan? Hmm
Tenang2 di kawasan kg bukan di taman2 perumahan dan itu bolehlah diterima  sbg point kecil...
Quote mizruncing 1-10-2024 05:07 PM
serius la?? tu je ke function DOSM ni
Quote naina 1-10-2024 06:44 PM
Yeke. Apa faktor2 nya? Bapak aku sekarang 81 tahun masih sihat segar naik moto kulur kilir dan baru balik Indon seminggu melancong. Amboi
bapakkk. #selangor
Quote zjen 1-10-2024 06:58 PM
kemaruk replied at 1-10-2024 01:19 AM
kalau tak sembahyang apa gunaaaa nyaaa

ada semayang tapi perangai sial lagi tak guna

ikhwan dan byk jaran sesat lagi gila semayang




Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.033049 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top