CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya menyesal dengan perbuatan itu' - Penganggur bunuh 3 sekeluarga di Pagoh

12-9-2024 07:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31654| Komen: 40|Original author: antikorok

 

 

Muar: "Saya menyesal atas apa yang dilakukan," demikian kata penganggur, Azman Mohamed Nor, 48, yang dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana mendatangkan kecederaan parah terhadap anak saudaranya dalam tragedi bakar dan bunuh tiga sekeluarga di Kampung Paya Redan, Pagoh, bulan lalu.

Tertuduh yang kelihatan sugul mengangguk faham dan mengaku bersalah ketika pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nariman Badruddin sebelum dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan denda RM5,000.

Sebelum menjatuhkan hukuman itu, Nariman turut bertanyakan tertuduh sama ada dia memahami atau tidak hukuman bagi kesalahan dilakukannya itu.

"Kamu fahamkan hukuman kesalahan ini? Selain penjara, kamu mahu denda atau sebatan," soalnya sebelum tertuduh memilih penjara dan denda.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mendatangkan kecederaan terhadap Norazmina Mohd Razi, 14, dengan menggunakan sebatang kayu dengan kejadian itu berlaku antara jam 1 hingga 3 pagi, di sebuah rumah, Jalan Sekolah Kampung Paya Redan, 9 Ogos lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda atau sebatan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa yang sedang tidur dikejutkan adiknya, Noradriana Nor Hasyim, 11, memberitahu berlaku kebakaran menyebabkan mereka berdua keluar mencari tertuduh.

Sewaktu di belakang rumah, dua beradik itu terserempak tertuduh yang ketika itu sedang memegang sebatang kayu. Tertuduh kemudian memukul kepala adik tiri mangsa, Noradriana hingga rebah dan meninggal dunia.


Selepas itu, tertuduh memukul kepala mangsa, namun sempat ditepis menggunakan tangan. Tertuduh pada mulanya menyangka mangsa pengsan akibat pukulan itu sebelum melarikan diri dan mangsa berlari ke rumah jiran untuk meminta bantuan.

Bertindak atas maklumat, tertuduh ditahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur selepas lima hari melarikan diri.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Arif Marzuki manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 20 Ogos lalu, Azman didakwa di Mahkamah Majistret Muar atas pertuduhan membunuh bapanya, Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, ibunya, Ara Abd Hamid, 76, serta anak saudara Noradriana.

Ketiga-tiga kejadian itu berlaku antara jam 1 hingga 3 pagi, di sebuah rumah, Jalan Sekolah Kampung Paya Redan, 9 Ogos lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati, hendaklah disebat tidak kurang 12 kali.

Kejadian tragis itu menyaksikan dua mangsa Mohamed Nor dan Ara ditemui rentung manakala Noradriana meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) akibat parah.

Selepas kejadian itu, tertuduh melarikan diri sebelum ditahan ketika merayau di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antikorok 12-9-2024 03:26 PM
Edited by antikorok at 12-9-2024 04:26 PM

[youtube]qyKvH_KUgJ0[/youtube]

[ig]https://www.instagram.com/p/C_zjKYVheHC/[/ig]

[ig]https://www.instagram.com/p/C-e8An_tDSM/[/ig]


Quote zehra2 12-9-2024 03:33 PM
3 org mati. bunuh mak bapak. sebab tkde hukuman gantung.. bagi ler penjara seumur hidup.. sebatan rotan banyak2...  denda kepala otak dia.. sapa nak byr?
Quote Orix 12-9-2024 03:34 PM
aik. aritu kata jumpa n tangkap kt wangsa maju... dlm berita ni bukit bintang plak... sejak bila wangsa maju n bukit bintang tu satu kawasan ???
Quote Binodino 12-9-2024 03:38 PM
Anak derhaka. Mak ayah kau bela kau sampai gendut macam ni, kau pergi bunuh. Anak buah kau yang tak bersaalah pun kau pergi bunuh. Eh tau pulak kau pilih nak denda takmau kena sebat. Eh yang hakim pun kenapa tanya dia nak denda ke nak sebat? Dia bunuh mak ayah kandung sendiri kot. Menyesal konon. Sesalan kau ti boleh hidupkan nyawa2 yang dah mati ke? Pegang la title anak derhaka sampai habis nyawa kau kat muka bumi ni.
Quote black_handbag 12-9-2024 03:39 PM
gemuk rupanya setan gondol ni
Quote hunny_sapik 12-9-2024 03:42 PM
Apa motif pembunuhan? Tak clear news skrg ni.
Quote Skuau 12-9-2024 03:45 PM
Edited by Skuau at 12-9-2024 03:50 PM
Binodino replied at 12-9-2024 03:38 PM
Anak derhaka. Mak ayah kau bela kau sampai gendut macam ni, kau pergi bunuh. Anak buah kau yang tak  ...


Norman Hakim:nak denda ke sebat?
Pelaku                 :Boleh pilih rupanya...
                              
Quote swateng1 12-9-2024 03:54 PM
hukuman lansung tak setimpal. mati 3 org kot. harap2 tpr buat rayuan minta hukuman lagi berat kat binatang ni
Quote kemaruk 12-9-2024 03:56 PM
Orix replied at 12-9-2024 03:34 PM
aik. aritu kata jumpa n tangkap kt wangsa maju... dlm berita ni bukit bintang plak... sejak bila wan ...

IPD polis wangsamaju pon dekat pudu sis
Quote Mary_jane 12-9-2024 03:58 PM
Atas ni hukuman untuk mencederakan anak buah dia, yang 302 sebutan oktober nanti.

Memang hati kering sungguh bunuh mak bapak.
Quote tompie 12-9-2024 04:01 PM
Ini baru satu pertuduhan kan? Belum pertuduhan membunuh mak pak dia dengan anak buah dia.
Quote ifanonline 12-9-2024 04:04 PM
mental depression mamat ni
Quote hanasensei 12-9-2024 04:06 PM
Apa motip dia bunuh tu.. Dh la nganggur makan minum mak pak yg dh tua tanggung.. Smpai gundu.. Xkan dadah. Tgok gundu semacam. Nk jalan pun xlarat. Tpi hati kering bunuh darah daging
Quote imanjannah 12-9-2024 04:09 PM
semoga kena gantung smpai mati
Quote prettyuglybabe 12-9-2024 04:19 PM
lama sangat makan tanggung sampai gendut..
Quote hayrin86 12-9-2024 04:21 PM
imanjannah replied at 12-9-2024 04:09 PM
semoga kena gantung smpai mati

Amin..
Quote supernaturalee 12-9-2024 04:27 PM
polis pengiring herlok persis model iklan dunhill detected





Quote fanaz82 12-9-2024 04:58 PM
kecik-kecik tak nak mampus, dah besar menyusahkan orang. 3 org sekali kau bunuh. harap2 ko blh insaf la dalam penjara tu
Quote slavehunter 12-9-2024 05:02 PM
Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna nye. Lepas ni kena menghadap Tuhan untuk explanation dan defend yourself. I doubt it.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.037262 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top