CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Elak ketegangan agama, kerajaan digesa selesai isu sijil halal segera - PPIM

11-9-2024 11:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27365| Komen: 16

 


KUALA LUMPUR – Pemimpin Kerajaan Perpaduan digesa untuk menyelesaikan persengketaan berhubung isu sijil halal yang dikhuatiri boleh mencetuskan provokasi atau ketegangan terhadap agama dan kaum.

Presiden Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan, perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan isu sijil tersebut merupakan cadangan dan belum dilaksanakan.

“Perselisihan faham ini berlaku di antara pemimpin dalam kerajaan sendiri. Sepatutnya ia boleh diselesaikan secara baik dengan berbincang.

“Sebagai wakil rakyat, gunakan platform yang betul dan jangan memburukkan lagi keadaan kerana rakyat yang menanggung semua cabaran ini,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam kenyataan di media sosial dilaporkan berkata, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah beban peniaga dan memalukan negara.


Sehubungan itu, polis membuka kertas siasatan terhadap Setiausaha Publisiti DAP itu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) perlu memainkan peranan yang besar dalam mendidik dan memberi maklumat kepada orang ramai berkaitan halal dan toyyiban.

“Masih ramai lagi yang kita lihat tidak faham mengenai isu sijil halal termasuk Ahli Parlimen. Jadi, inilah masa terbaik untuk Jakim memberi penjelasan apa sebenarnya halal ini dan proses mendapatkan sijilnya.

“Jakim juga boleh menjemput pihak-pihak tertentu untuk menerangkan kepada mereka berkenaan isu ini kerana saya yakin mereka akan menerimanya dengan baik.

“Kita juga cadangkan untuk Jakim menetapkan kepada restoran yang tidak menyediakan alkohol atau daging khinzir supaya meletakkan tanda ‘non-halal’ bagi mengelakkan kekeliruan,” jelasnya.

Tambah Nadzim, beliau berharap agar semua wakil rakyat tidak mengeluarkan kenyataan yang seakan-akan mencabar perkara yang sensitif melibatkan agama.

“Kita harap pihak berkuasa akan melakukan siasatan yang telus,” katanya. 

Sumber – Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote duri_durians 12-9-2024 12:01 AM
takde sijil halal JAKIM, takde lah. pilihan pengguna nak makan ke tak. mencari yg halal itu fardhu. bukan kewajipan pekedai untuk bagitahu, tapi kewajipan umat Islam untuk ambil tahu.
kuasa membeli orang Islam kat Malaysia ni besar. banyak keluarga besar. sekali makan berapa RM habis.  kalau semua pilih makan di tempat yg ada sijil halal JAKIM, maka peniaga yg belum ada sijil pun akan cuba juga dapatkan sijil.
tengok TCRS je. mesra keluarga, ada sijil halal. kalau hujung minggu pasti penuh, hari biasa makan tengahari dan malam pun penuh.
jadilah pengguna yg bijak, dan umat Islam yg peka.

aku bukan nak mengata orang, aku pun ada je gi kedai yg takde halal JAKIM. mana yg aku yakin, dah research, aku pergi.
Quote ultra78 12-9-2024 12:42 AM
Masalahnya adalah orang islam sendiri yang mengunjungi restoran sebegitu. Maklumlah ikut selera tekak masing-masing.
Quote orkid_amani 12-9-2024 01:38 PM
Pendapat aii muda mudi tak berapa kisah sgt halal ni .diorang asal viral jaa mesti serbu..halal @ tak belakang kira. Yg kisah halal haram ni kebanyakan yg dah ada family & ank2. Ank2 aii kalau masuk kedai makan mesti cari sign Halal tu
Quote AcikCleaner 12-9-2024 01:42 PM
orkid_amani replied at 12-9-2024 01:38 PM
Pendapat aii muda mudi tak berapa kisah sgt halal ni .diorang asal viral jaa mesti serbu..halal @ ta ...

Betul, i tengok kwn² socmed budak muda suka cafe hunting, food hunting ni redah je masuk restoran takde sijil halal sebab diorang ni mostly FOMO tapi yg dah berumur sket n ada family akan cari yang halal toyyiban
Quote blakcswan 12-9-2024 02:37 PM
xde isu pun logo halal ni ..semua dah maklum kan.duk bangkit2 kan dah kenapa si teresah ni. saja nak bg org islam marah..tepuk dada tye iman.pilihan di tangan anda.nk mkn ke x nak ..thats all. owner type C tp kedai ada sijil halal dah bersepah..so mmg xde masalah nk dpt..just folo je rule..yg apply tp x dpt tu ada la sbb nya x dpt..jgn salah kan pihak lain. kata susah la..memalukan lah..membongak je.
p/s if tu pendapat personal ko x perlu lah ckp dpn media..ko sembang kt kedai kopi je la
Quote orkid_amani 12-9-2024 03:37 PM
AcikCleaner replied at 12-9-2024 01:42 PM
Betul, i tengok kwn² socmed budak muda suka cafe hunting, food hunting ni redah je masuk restoran ...

Kan..mmg budak muda remaja suka mencuba..lagi2 skg ni baaanyaaak hypster cafe.. makanan pun dah fusion kena dgn selera depa..kita yg dah tua ni xdak laa hadap makanan ber cheese coklat sos melimpah gitu..bagi aii kesedaran Halal haram ni cikgu mmg dah ajaq sedari tadika kot..ank aii 4y pun tau semua makanan & minuman kena ada logo halal & expired date. Xtau laa kalau dah remaja lupa habis apa cikgu ajaq kat sekolah dulu
Quote nolya 12-9-2024 03:52 PM
Tak bermaksud nak menyebelahi Teresa,tapi orang melayu ni bila mahu bahaskan perkara halalan toyibban bab makanan ni,jgnlah terlalu emosi.  Fikirlah dgn sebaik2nya atas dasar pokok perkara kehalalanya, bukan perlu sentuh perkara2 yg tak berkaitan, mengheret2 ke perkauman.  

Orang melayu yg baik hatinya, akhlaknya, imannya, tolonglah kawal perkataannya bila membincangkan sesuatu isu perkara, timbang drp segala segi. Suci, bersih dn halal pd perspektif Islam bukan setakat tak ade anjing dn babi dn bahan haram: arak, tuak, samsu dll dlm penyediaan makanan.  Kalaupun di kedai/resto cina ada logo halal, bagaimana dgn status peralatan memasaknya: cawan, gelas, sudu-garpu, piring,pinggan-mangkuk, senduk,periuk kuali, pisau memotong (potong ayam, potong daging lembu, kambing, babi semua), besen, malah peti sejuk dn freezer simpanan  makanan sejuk beku, pernah terfikir tak untuk diambil kira makanan bernon-halal yg sudah digunakan sebelumnya?  Dn tangan tukang masak/chef yg tidak pernah besertu, terfikir sama tak?

Betul kata para agamawan, tubuh badan yg sering mengkonsumsi makanan non-halal, drp pendapatan haram juga: hasil rompakan, perjudian, menipu, rasuah, maka hati dn iman akan payah dididik untuk bertaqwa kpd Allah swt. Berkat pun jauh sekali lah.  So, sbg umat Islam, kita ada tanggungjawab sendiri untuk mencari makanan yg halal atau yg tidak was-was.
Quote Orenn1 12-9-2024 03:54 PM
Boleh tak org melayu isle jgn duk melompat sgtt ke thp yg nak mainkan sentimen agama dlm semua benda. Kena berfikiran terbuka ye, selagi sesuatu perkara tu ada kaitan dgn kepentingan negara, semua org blh bagi pendapat, kita agree or tak agree dgn pendapat tu itu perkara lain pulak. Dlmhal ni yes sijil halal mmg sesuatu yg berkaitan dgn islam tp bila nak diwajibkan restaurants itu dah jadi satu isu yg mempunyai kaitan dgn kepentingan negara kita, so semua org blh bagi pendapat tak kira org tu islam atau tak islam, klu kita tak agree dgn pendapat mana2 pihak psl isu ini, kita bagi point kita, mcm tu caranya dlm society yg matang. Bukan ko melompat mcm berokk kena belacannn suruh raja masok campor tangkap teresa lah apa lah, apa kejadah ni bodoh2 sgttt phuiii huh
Quote cycra 12-9-2024 04:10 PM
ya kerajaan kena followup isu ni jangan alihkan perhatian rakyat kepada isu GISBH..nmpk cam taktikal sangat,,kot2 rakyat lupa kat nyonya tu,,,,
Quote babelina 12-9-2024 04:15 PM
dpt kn sijil halal.. xde sijil halal kita pn xnk mkn klau was2.. simple..  yg aku geram Teresa tu sukahti kuar kenyataan camtu.. apoooooooo...
ada xde sijil halal, tetap perniagaan jln..ada jer org mkn kn..
Quote Skuau 12-9-2024 04:39 PM
saiya ulang(dr benang lain):
1.Sapa yg UNDANG mai pi make kt kedai cino xde sjil halal???
2.Sapa PELAWA mu make kedai cino xde sijil halal???
3.Sapa JEMPUT hang mai makan kat kedai cino xde sijil halal???
........
     
Quote tungkai 12-9-2024 04:40 PM
JAKIM mana? Senyap aje...
Quote Thunderclouds 12-9-2024 05:25 PM
Asal tang cop halal jakim ja mulayu jd berok.
Tang mkn gaji buta mkn rasuah jual dadah seludup diesel suma tuh buat² bodo.
Spesis anying yg memekak pasal aurat pompuan sambil mulut tu tenggek rokok & bkuntum kt website porn.
Pffftt..
Sila meninggal.
Loser!
Quote kakikuDibibirmu 12-9-2024 05:29 PM
Buat malu Malaysia jah sampaikan dah masuk berita antarabangsa

[youtube]DfIc5CX7mF4[/youtube]
Quote Bfjsmbcksbxj 16-9-2024 04:45 AM
Betul
Quote Bfjsmbcksbxj 16-9-2024 04:45 AM
Itu pun susah nak settlekan

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.043415 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top