CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuaca panas, pemandu buka pintu bas, kongsi ‘air con’ dengan penunggang skuter

11-9-2024 11:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27023| Komen: 1


 


TAIPEI – Cuaca panas terik menyebabkan seorang pemandu bas di bandar raya New Taipei membuka pintu kenderaan untuk berkongsi suhu penyaman udara dengan penunggang skuter, lapor laman berita MSNews semalam.

Pada 1 September lalu, seorang netizen memuat naik kejadian itu di platform Threads dengan kapsyen: “Orang Taiwan benar-benar sangat mesra.”

Dengan menyiarkan dua gambar tentang kejadian itu, pengguna tersebut menjelaskan bahawa dia dan rakannya sedang menunggu lampu merah ketika mereka menaiki skuter berbeza di Jalan Zhongping.

Secara tiba-tiba, bas di sebelah rakannya membuka pintu sehingga mengejutkan mereka.

Pemandu bas tersebut kemudian memberitahu bahawa dia bimbang penunggang skuter itu terpaksa berpanas.

Disebabkan itu, pemandu berkenaan memutuskan untuk membuka pintu bas supaya penunggang skuter turut dapat menikmati suhu sejuk daripada penyaman udara


Pemandu bas tersebut mendapat pujian daripada netizen kerana kebaikan yang ditunjukkannya. – AGENSI

 

Sumber -KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 12-9-2024 08:25 AM
bagus la......

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.026759 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top