CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua pekerja Bangladesh maut runtuhan Elmina Ridge

9-9-2024 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9736| Komen: 30

 


SHAH ALAM – Dua pekerja pembinaan maut selepas tertimbus sedalam 0.3 meter dalam runtuhan tanah dan konkrit pembetung di Tapak Pembinaan Elmina Ridge, hari ini.

Kedua-dua mangsa dipercayai warga Bangladesh berusia 25 dan 30an berjaya dibawa keluar dalam tempoh selang 13 minit antara satu sama lain bermula pukul 11.12 pagi.

 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, seramai tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 10.29 pagi.


Katanya, berdasarkan maklumat awal dua mangsa telah tertimbus susulan runtuhan tanah dan konkrit pembetung di tapak pembinaan itu.

“Pasukan yang tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudiannya segera melakukan operasi mencari dan menyelamat.


“Mangsa pertama berjaya dibawa keluar pukul 11.12 pagi dan mangsa kedua kira-kira pukul 11.35 pagi,” katanya. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 9-9-2024 01:23 PM
JKKP mai buat forensik, pitam la sapa-sapa yang berkenaan.
Quote naina 9-9-2024 01:28 PM
Ini lagi berbaloi kot bayar pampasan rm30k. Dari aci yang bukan sapa2 hanya melancong overstay.
Quote aryyan 9-9-2024 02:10 PM
tanah runtuh ke structure runtuh ni?
yg cerita puchong mas pn tak abes lg.

mesti dosh selangor bz ni..
Quote kakikuDibibirmu 9-9-2024 02:15 PM
suatu hari nanti
pastikan bercahaya
pintu akan terbuka
kita langkah bersama

di sutu kita lihat
bersinarlah hakikat
debu jadi permata
hina jadi mulia



[youtube]a5_H4SUImGY[/youtube]

http://youtu.be/a5_H4SUImGY
Quote SalenaGomez 9-9-2024 02:21 PM
Banyak betul kisah elmina ni ya. Dr kes crash kapal terbang tahun 70an sampai skrg
Quote kakikuDibibirmu 9-9-2024 02:24 PM
Elmina mina eh-eh waqaf-waqaf che yeh
Elmina mina zangalewa ana wakaka




[youtube]W_nzhZsToYM[/youtube]
Quote pokokmeranti 9-9-2024 02:33 PM
SalenaGomez replied at 9-9-2024 02:21 PM
Banyak betul kisah elmina ni ya. Dr kes crash kapal terbang tahun 70an sampai skrg

jgn cite gitu...nanti harga pasaran runtuh...
Quote abas8888 9-9-2024 02:49 PM
semua projek pembentungan patut kena semak dah ni... ikut spek ka tak..
Quote AbukRokok 9-9-2024 02:57 PM
SalenaGomez replied at 9-9-2024 02:21 PM
Banyak betul kisah elmina ni ya. Dr kes crash kapal terbang tahun 70an sampai skrg

boleh jadi landmark evwent tourism... letak tugu taman secoet utk peristiwa sekian sekian
type m kan suka benda viral dan ootd
Quote kemaruk 9-9-2024 03:53 PM
Dah tak kedengaran dah troll projek kontraktor umno, projek songlap, melayu tak reti buat kerja etc

Yang wangi2 je dah sekarang ni
Quote Skuau 9-9-2024 04:03 PM
takkan la sumpahan ikang asdan membawa ke lembah klang...
Quote tompie 9-9-2024 04:20 PM
0.3m tu 30cm kan? Allahu Akbar..
Bila dah ajal tu...
Arwah2 ni insurance mesti cover, InsyaAllah, senang family2 diorang kat kampung..
bapak diorang berkorban keje jauh semoga ada manfaat untuk keluarga diorang. Aamiin
Semoga Allah ampunkan semua dosa2 mereka. Aamiin
Quote supernaturalee 9-9-2024 04:37 PM
tompie replied at 9-9-2024 04:20 PM
0.3m tu 30cm kan? Allahu Akbar..
Bila dah ajal tu...
Arwah2 ni insurance mesti cover, InsyaAllah, s ...

tanah keras2 tu
30cm pun



Quote hashashes 9-9-2024 04:48 PM
naina replied at 9-9-2024 01:28 PM
Ini lagi berbaloi kot bayar pampasan rm30k. Dari aci yang bukan sapa2 hanya melancong overstay.

Kes acı ni hari tu apa closure dia eh? Meols tak follow sampai habis hari tu
Quote airfilterkotor 9-9-2024 05:07 PM
“Hasil siasatan mendapati, seramai tiga pekerja sedang melakukan kerja pemasangan konkrit longkang di kawasan terbabit.

“Kemudian, tiba-tiba tanah di bahagian tepi longkang telah runtuh menyebabkan dinding konkrit longkang patah dan tertimpa ke atas salah seorang pekerja tersebut.

“Manakala seorang lagi pekerja tertimbus dengan runtuhan tanah sementara satu lagi pekerja tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Salah seorang mangsa telah tertimbus di dalam runtuhan tanah dan konkrit ‘culvert U box’ semasa melakukan kerja pembinaan longkang."

Link: Cedera parah di kepala, badan punca dua buruh Bangladesh maut di tapak pembinaan

Quote ninja boy 9-9-2024 06:03 PM
Edited by ninja boy at 9-9-2024 06:04 PM

Elmina danger suwei puaka runtuhan 30cm kapal jatuh dari langit
Quote kotakbaju 9-9-2024 06:06 PM
hashashes replied at 9-9-2024 04:48 PM
Kes acı ni hari tu apa closure dia eh? Meols tak follow sampai habis hari tu

Dibayar pampasan katanya kepada keluarga mangsa..
Quote ina_na 9-9-2024 06:11 PM
naina replied at 9-9-2024 01:28 PM
Ini lagi berbaloi kot bayar pampasan rm30k. Dari aci yang bukan sapa2 hanya melancong overstay.

Biasa kongsi Kong ni mmg parent kat kg sana dpt pampasan...sbb biasa dia org permit gan company..jd pe2 insurance cover... Cpt atau lambat je la jenazah dianta balik...safety officer abis la Kene kejar lps ni
Quote hashashes 9-9-2024 08:19 PM
ina_na replied at 9-9-2024 06:11 PM
Biasa kongsi Kong ni mmg parent kat kg sana dpt pampasan...sbb biasa dia org permit gan company..j ...

Kenapa nak kena jugak anta balik eh? Ke atas permintaan keluarga juga?
Cl meols meninggal baru ni, dihantar balik juga jenazah nya ke indo sana

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.104458 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top