CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dhania hilang ikut kawan ditemui di Stesen KTM Arau

22-7-2024 10:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 35802| Komen: 97



BUKIT KAYU HITAM – Remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di sini pada Khamis lalu ditemui selamat di Stesen KTM Arau, Perlis pada pukul 7.30 malam tadi.

Bapa gadis itu, Muhammad Suhairi Ghazali, 45, berkata, anaknya, Dhania Maisara,13, bersama seorang lagi rakannya ditemui ketika mereka turun dari tren sebelum ada orang awam menahan mereka.

“Susulan penemuan itu saya bergegas ke lokasi dan menemuinya dalam keadaan selamat sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau untuk membuat laporan penemuannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Suhairi, anaknya itu masih belum bersedia untuk menceritakan perkara sebenar yang berlaku.

“Setakat ini Dhania belum cerita apa-apa lagi mungkin dia masih trauma,” ujarnya.

Terdahulu bapa remaja terbabit memuat naik status mengenai kehilangan anak perempuannya itu di media sosial, hari ini.


Jelasnya, Dhania keluar makan bersama rakan dikenali sebagai Intan, 16, yang baru sahaja dikenali sebulan lalu.

“Pada hari kejadian, saya ada terima pesanan WhatsApp daripada seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai ibu kepada Intan untuk membawa Dhania keluar makan bersama.

“Walau bagaimanapun, setelah diselidik pesanan WhatsApp itu sebenarnya dihantar sendiri oleh Intan,” jelasnya.

Tambahnya, sebelum ini anaknya dikesan melalui iPhone berada di Johor pada awal pagi Isnin sebelum dia ditemui di Stesen KTM Arau hari ini. 

Sumber: Kosmo


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 22-7-2024 10:38 PM
yang merah ke atau baju belang tu?
Quote Momohizan 22-7-2024 10:42 PM
gigahertz replied at 22-7-2024 10:38 PM
yang merah ke atau baju belang tu?

Yang baju belang, sama macam gambar hebahan orang hilang.
Quote imransulaiman 22-7-2024 10:52 PM
Mengapakah? Adakah mereka pasangan kekasih?
Quote sukacactus 22-7-2024 11:03 PM
Budak tu diam bkn sebab trauma, nak mengelak je tu
Kecik sgt lg budak oii nak lari2 ni
Semoga dirantaikan aje lps ni
Quote hashashes 22-7-2024 11:06 PM
Alhamdulillah terima kasih orang awam
Quote sharlenetexas 22-7-2024 11:07 PM
Muda2 dress up nk nmpk dewasa.
Bila tua nnt gigih nk jadi muda.

Quote hashashes 22-7-2024 11:09 PM
Budak umur2 camni dah tak boleh di rotan2 kan dah
Kena jadi mcm kawan dia, heart to heart talk

Quote Mary_jane 22-7-2024 11:26 PM
Haih lah budak2 sekarang ni, main lari je dari rumah ikut suka dia.
Quote sfrnna 22-7-2024 11:49 PM
IPhone check kat johor. Jumpa kat arau.. jauh kau berjalan dik. Ko nak p kahwin kat Thailand ke apa. Tolongla adik2 sekalian jgn ikut perangai anak yenbiyabadi
Quote cha-cha 23-7-2024 12:43 AM
Calling for kaka @Carcosa
Ni lagi sorang ni...
Quote Carcosa 23-7-2024 12:50 AM
cha-cha replied at 23-7-2024 12:43 AM
Calling for kaka @Carcosa
Ni lagi sorang ni...

Ya Rasulullah....
Haihhhh... Chuols ni kan. Saja je kasi darah meols meroket naik ke bulan yach!

Yg mana satu yg otak udang tu?? Yg gundu mcm wrestler tu ke, atau yg mcm org kerdil tu??
Quote anggeriklatifah 23-7-2024 02:20 AM
Trauma kununnnn..puihh..takguna punyaa budak
Quote zehra2 23-7-2024 02:45 AM
jgn kena jual dgn kawan dah ler
Quote pocongkiutss 23-7-2024 02:50 AM
#bidadarisyurga ..eh
Quote kucing_gebu 23-7-2024 03:36 AM
Trauma pala hotak kau. Kemain seronok merayau alih2 bila ditemui trauma konon. Bukannya kau kena culik ikat dlm guni
Quote Purestteam1 23-7-2024 04:16 AM
Alhamdulillah... selamat
Quote stompuper79 23-7-2024 05:53 AM
budak skrg kua umah mmg xyah minta permission ke cane?
Quote hazlya 23-7-2024 06:22 AM
Dalam pada aku geram budak2 ni lari dari rumah, dekah pulak aku baca komen korang. Elok dihimpun semua dan disuruh cuci tandas awam. Buat penat orang cari je memasing
Quote Tinot7 23-7-2024 06:32 AM
Yg besaq tu Intan le?

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.178793 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top