PETALING JAYA – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyelar tindakan segelintir pihak yang masih tidak mahu menerima kenyataan dan fakta bahawa ekonomi Malaysia semakin mengukuh ketika ini. “Kalau fakta tentang prestasi ringgit yang menjadi mata wang kedua terbaik di Asia, prestasi bursa saham yang menambah nilai melebihi 20 peratus dalam masa setahun pun belum cukup, saya tambah satu lagi fakta ekonomi yang baru keluar. “Jabatan Perangkaan Negara (DOSM) mengeluarkan anggaran awalan atau ‘advance estimate’ angka pertumbuhan ekonomi negara bagi suku kedua dari April hingga Jun 2024,” katanya menerusi hantaran di Facebook. Jelas beliau, laporan DOSM itu menunjukkan ekonomi Malaysia tumbuh 5.8 peratus bagi suku kedua 2024 berbanding suku yang sama tahun lepas. “Ini menjadikan pertumbuhan separuh tahun Januari hingga Jun 2024 sebanyak lima peratus iaitu dalam lingkungan sasaran pertumbuhan empat hingga lima peratus bagi 2024 seperti yang dirancang kerajaan.
“Prestasi baik ini dijangka akan terus mendorong pengukuhan nilai ringgit dan kenaikan pasaran saham, selain terus menarik pelaburan yang mewujudkan peluang pekerjaan baharu kepada rakyat,” katanya. Justeru, katanya, kita akan sering terdedah kepada risiko pembodohan di media sosial yang mengatakan ekonomi negara merudum, tetapi fakta-fakta ini membezakan antara mereka yang menghormati ilmu dan mereka yang memalingkan muka dari ilmu. “Insya-Allah ekonomi negara akan terus mengukuh, tetapkan hati kita untuk sama-sama menyumbang membina semula ekonomi negara,” katanya. Sumber: Kosmo Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X |
gigahertz replied at 20-7-2024 12:23 AM
Dia nak buat balik GST tu. dalam dewan parlimen ada di up isu ni.
plywood replied at 19-7-2024 04:45 PM
dia nak buat gst adalah spt menggantung diri.
ianya suatu kekalahan, satu kalah politik, pentadb ...
ADVERTISEMENT