Kuala Lumpur: Skuad boling remaja wanita negara meraih pingat emas dalam acara berpasukan wanita pada Kejohanan Remaja Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) di Stadium Fiesta Asiad Bowling Icheon, Korea Selatan, hari ini. Menurut laman https://www.abf-online.org, pasukan wanita Malaysia mempamerkan aksi cemerlang apabila menumpaskan Singapura 2-0, masing-masing dengan 221 dan 236 mata pada perlawanan pertama dan kedua manakala pasukan lawan meraih 211 dan 190 mata. Skuad itu dibarisi Nur Hazirah Ramli yang menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini selain Adania Mohd Redzwan Anis Hannani Romzi dan Adelia Nur Irwan Syazalee. Pingat emas itu satu-satunya pingat diraih kem negara sepanjang 12 hari kempen Kejohanan Remaja Dunia IBF yang berlangsung sejak 7 Julai lalu. Mereka sebelum itu melangkah ke final selepas menewaskan pasukan Colombia 2-1 pada aksi separuh akhir.
Sumber: Harian Metro Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X |
supernaturalee replied at 19-7-2024 03:53 AM
senyap2 je dh jadi juara dunia
sayangnya sukan bowling masih belum dimasukkan dlm olympic
klu dak, m ...
Straya replied at 19-7-2024 02:48 PM
Squash pun tak pernah masuk.Kalau tak,senang2 msia dapat emas since nicole david 10 tahun juara du ...
airfilterkotor replied at 19-7-2024 06:29 AM
Potong jer la bajet sepakbola berjuta-juta tu dan agihkan kepada sukan yang underrated level world.
dua_chzy replied at 19-7-2024 10:42 PM
Sokong!
Potong pehtu bagi kat sukan2 ni;
airfilterkotor replied at 19-7-2024 04:47 PM
Golf...?
ADVERTISEMENT