Petaling Jaya: Polis menahan guru sebuah pusat jagaan kanak-kanak kerana menendang dan memukul kanak-kanak autisme berusia 6 tahun. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar@Ismail berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat bapa kanak-kanak lelaki berkenaan semalam. Menurutnya, siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit ditendang dipukul dan ditarik secara kasar sehingga terjatuh dari kerusi. "Terdapat juga kesan gigitan di tangan kanak-kanak berkenaan. Susulan dari laporan yang diterima, polis melakukan tangkapan terhadap lelaki tempatan berusia 32 tahun di kediamannya di Ampang. "Lelaki terbabit adalah guru di sebuah pusat jagaan kanak-kanak berkenaan. Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki melakukan pengabaian terhadap kanak-kanak.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh tampil ke mana-mana balaik polis untuk membantu siasatan," katanya. Sumber: Harian Metro Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X |
ADVERTISEMENT