CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Abang Sado Tarikan Utama Gerai Durian Papa Muda Di Kajang

11-7-2024 08:22 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19190| Komen: 143



Kajang: Bukan hanya keenakan dan aroma durian saja memikat pencinta raja buah itu singgah ke gerai diberi nama Durian Papa Muda namun peniaga lelaki yang bertubuh cantik turut menjadi pelaris untuk menarik kedatangan pelanggan ke situ.

Penampilan peniaga lelaki di gerai itu yang tidak berbaju nyata menarik perhatian kaum hawa terutama selepas video dimuat naik di TikTok rasmi gerai berkenaan tular.

Salah seorang peniaga, Muhammad Al Irfan Mohamad Al Hady, 25, atau dikenali Irfan berkata, dia bukan sengaja tidak berbaju untuk 'menayang' badan dengan niat mahu tular atau menarik kedatangan pelanggan ke gerai.

Sebaliknya, Irfan berkata video dirakam dan dimuat itu adalah ketika dia sibuk mengatur, menyusun serta menempatkan bekalan durian yang baru tiba di gerai.

"Waktu itu tengah hari dan buah (durian) baru sampai dari Johor, saya pula pakai baju tebal.


"Tak sangka pula ada pelanggan rakam video, kakak pun sama (rakam) untuk 'content' (bahan perkongsian) di TikTok.

"Tak sangka pula apa kakak kongsikan itu dapat perhatian sampai ramai pelanggan datang, kebanyakannya tahu daripada TikTok cuma di komen ada juga kecam tapi saya terima saja," katanya ketika ditemui Harian Metro di tapak niaganya yang terletak di Kampung Dato, Abu Bakar Baginda, di sini.

Sementara itu, sepupunya, Muhamad Amirul Zaihan Osman, 31, atau mesra disapa Meor berkata, tahun ini kali kedua dia turut sama menjual durian dan perniagaan itu dijalankan bersama ahli keluarganya.

Katanya, sambutan kali lebih baik berbanding tahun lalu malah pengaruh video tular di Tiktok diakui menarik kedatangan pelanggan ke gerainya.

"Kami berlima dan mereka yang lain adalah sepupu saya, kiranya ini adalah perniagaan keluarga.

"Ikutkan tahun lalu pun berniaga durian cuma mungkin tak tular ketika itu.

"Lagipun, tahun lalu kami badan kami semua kurus kering, baru tahun ini buat badan (ada bentuk badan) selepas aktif semula ke gimnasium selepas lama tinggalkan.

"Tak sangka pula boleh tular kerana video tak pakai baju dimuat naik sepupu di TikTok kerana buka pakaian waktu itu sebab cuaca panas, bukannya nak menunjuk," katanya.

Sementara itu, Tengku Zarith Jazmine Tengku Zannor Kifly, 27, yang juga peniaga durian di situ berkata, gerai berkenaan diuruskannya bersama suaminya, Muhammad Hairul Hafiz Azkhalim, 27.


"Gerai kami dibuka sejak 7 Jun lalu dan beroperasi daripada jam 10 pagi sampai 1 pagi keesokannya.

"Ada pelbagai jenis durian dijual di gerai kami antaranya Musang King, IOI, Durian Merah dan Black Thorn.

"Setakat ini, ramai pelanggan datang terutama selepas waktu kerja dan hujung minggu malah ada dari Johor, Rawang serta Klang, Selangor dengan sebahagiannya dapat tahu mengenai gerai kami di TikTok.

"Alhamdulillah, maklum balas pelanggan yang datang positif kerana kami pun beri jaminan kembalikan durian jika dapat yang tak okay cuma biasalah di TikTok ada kecam video dimuat naik.

"Tapi saya terima saja dan tak terkesan kerana itu pandangan mereka," katanya.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 11-7-2024 08:24 AM
Motif?...
Quote Thunderclouds 11-7-2024 08:28 AM
Aku cukop geli org bjual makanan/buah² xbbaju.
Loading duyan tu leh terima lg xpakai baju.
Tp tang handle isi duyan pon xbbaju mmg turnoff.
Quote JunkMail 11-7-2024 08:35 AM
Ni nak jual durian sambil buat pertunjukan separa bogel ke? 2in1
Quote dua_chzy 11-7-2024 08:36 AM
Sesuai untuk acik2 dan gay2 porom kuat rembes seolah laki or bf sendiri tak cukup hensem dan sasa untuk dirembesi.
Quote IzzahF 11-7-2024 08:39 AM
perlu ke? durian tu dah mmg buah kegemaran ramai, tak perlu nk bogel2 pun mmg org akan cari durian
Quote noor2 11-7-2024 08:41 AM
IzzahF replied at 11-7-2024 08:39 AM
perlu ke? durian tu dah mmg buah kegemaran ramai, tak perlu nk bogel2 pun mmg org akan cari durian

Tula pasal...pakcik tua jual pun tetap org serbu....
Quote supernaturalee 11-7-2024 08:43 AM
Edited by supernaturalee at 11-7-2024 08:44 AM
"Tak sangka pula boleh tular kerana video tak pakai baju dimuat naik sepupu di TikTok kerana buka pakaian waktu itu sebab cuaca panas, bukannya nak menunjuk," katanya.

based on video, tak menunjuk my @ssssssssss
Quote Barebow77 11-7-2024 08:44 AM
Nie dikira softporn ke tak..mohon setajah asmak mencemar daulat untuk ucapan alu2an..
Quote 3480 11-7-2024 08:46 AM
Haritu beli duyan kat sini. Dua2 depa la yg belah2 buah kt aku. Biasa ja. Tp masa tu pakai baju la
Aku beli mk n black thorn. Malam2 ramai org makan situ. Sebelah gerai ada staff pompuan buat live jual doyan
Quote laksmanabentan 11-7-2024 08:53 AM
Thunderclouds replied at 11-7-2024 08:28 AM
Aku cukop geli org bjual makanan/buah² xbbaju.
Loading duyan tu leh terima lg xpakai baju.
Tp tang  ...

kann... aku rasa mcm turnoff jer...
ke acik2 kepam.. gundu yang minat ni....
Quote bored_atticus 11-7-2024 09:04 AM
Hahahahhaha!!!! Cakap ja kau memang ada niat nak jadi Jordan Yeoh versi Melayu dikkkk..
tak yah nak tipu cakap tak sengaja tayang body ahahaha
Quote mekfazura 11-7-2024 09:07 AM
DI TANGAN BUAH DURIAN, DI DADA BUAH KISMIS
Quote mekfazura 11-7-2024 09:07 AM
DI TANGAN BUAH DURIAN, DI DADA BUAH KISMIS
Quote AbukRokok 11-7-2024 09:18 AM
tidak mendedahkan aurat pun....
hanya sebab xgemuk..
cuba klu gemuk mcm dewa kekayaan xkne hentam tapi org buat gelak sbb lucu
Quote plywood 11-7-2024 09:22 AM
kau pakai bajulah, pilihlah yg sesuai.. ramai turnoff tengok orng berniaga tak pakai baju
Quote ulamalu 11-7-2024 09:27 AM
Baik2 ada orang nak beli, terus x jadi beli.  Geli dowh x pakai baju ngadap makanan.  Baik orang beli kat tempat org yang pakai baju.
Quote ifanonline 11-7-2024 09:34 AM
orang pompuan tunjuk tetek boleh, orang laki tunjuk tetek tak boleh...that is sexist

Quote shark_eow7 11-7-2024 09:40 AM

durian huduh

durian huduh


utk rujukan acik2 yang rase merembes tengok diaorg..
Quote bitterchoc 11-7-2024 09:44 AM
Thunderclouds replied at 10-7-2024 07:28 PM
Aku cukop geli org bjual makanan/buah² xbbaju.
Loading duyan tu leh terima lg xpakai baju.
Tp tang  ...



Aiols pun geli gelemannnnn.
Kalau nak handle my food, please tutup your ketiak okeh.

Lihat semua komen(143)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.083972 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top