Kuala Lumpur: Walaupun terikat dengan jadual yang padat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa bertemu komposer yang juga penyanyi terkemuka India, AR Rahman di Bangunan Parlimen, hari ini. Anwar berkata, pelbagai isu dibincangkan dengan penyanyi terkenal itu yang bakal mengadakan konsertnya di negara ini pada 27 Julai depan. "Perbincangan kami seputar industri seni dan muzik tempatan dan juga antarabangsa. Saudara AR Rahman turut berkongsi yang beliau kini sedang meneroka muzik ala sufi, selain kami bersama menekuni isu-isu lain membabitkan aspek digital dan Kecerdasan Buatan (AI)," katanya dalam perkongsian di X, hari ini. Pertemuan kira-kira 40 minit itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) Datuk R Ramanan, Pengarah Star Planet Datuk R Rajendran dan Pengarah Urusan Star Planet Datuk Alan Foo.
Konsert AR Rahman Live in Kuala Lumpur hujung bulan ini dipersembahkan bersama oleh Thamarai Jewels dan SRM International Real Estate LLC serta dianjurkan oleh Star Planet. Sumber : Harian Metro |
lipans replied at 10-7-2024 11:42 AM
Pastu boleh la menari
ADVERTISEMENT