CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mana Ekor, Mana Kepala? Lelaki Berdepan Detik Cemas Selepas Bertembung Dengan Seekor Ular Sawa Batik Sepanjang 7 Meter

5-7-2024 10:49 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8434| Komen: 40


PETALING JAYA – Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas bertembung dengan seekor ular sawa batik ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Reptilia itu merupakan antara spesies ular terpanjang di dunia yang boleh mencecah sehingga 6.95 meter.

Menerusi perkongsian video di TikTok, pemilik akaun @jns33 memaklumkan, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum terserempak dengan haiwan itu yang sedang melintas jalan.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai orang yang terkejut dengan saiz reptilia tersebut yang besar dan panjang.

“Berapa meter panjang kalau macam ini besar,” kata Delvis Jeffery.

“Ya Allah, takutnya saya dulu pernah nampak memang spesies perlahan jalan kalau makan terlalu banyak,” kata Siti Aisyah.

“Kalau aku dah risau fikir mana kepala, takut tiba-tiba kepala berada di sebelah,” Kata Zainey.



Perkongsian video tersebut tular di aplikasi TikTok dan berjaya meraih sebanyak 305,300 tontonan dan 7,496 tanda suka. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wikedsaikel 6-7-2024 05:41 PM
Petaling jaya? Mana wehhh
Quote Decaffeinated 6-7-2024 09:37 PM
Kalau dah bergerak dari kiri ke kanan tu maksudnya kepala belah kanan la. Ular mana ada gear reverse.
Quote Suchi 6-7-2024 09:58 PM
Musim dia plak, hati2 laa
Kat indo tu dia asik nk ngap org jaa

Kalau sorang2 ni baik la elakkan bertembung dgn dia. Bagus juga amik gambar dan info pada org. Iols benci natang ni dan segala suka sakat depa sbb bunuh dan makan org.
Quote stroberi_80 6-7-2024 10:05 PM
Seram weyyy
Quote kemaruk 6-7-2024 10:09 PM
Sian ulat sawah betik
Quote dua_chzy 6-7-2024 11:31 PM
Kalau kita tetak badan ular tu pakai parang ke pisau samurai tajam sekali tetak boleh terbelah dua, hapa agaknya akan berlaku? Will it sempat retaliate belit kita or terus menghilang lari dalam belukar or terus mati ke cemana?
Quote Tinot7 6-7-2024 11:35 PM
dua_chzy replied at 6-7-2024 11:31 PM
Kalau kita tetak badan ular tu pakai parang ke pisau samurai tajam sekali tetak boleh terbelah dua,  ...

Kaka cuba dulu pastu habaq kat kami di sini
Quote green~tea 6-7-2024 11:50 PM
dua_chzy replied at 6-7-2024 11:31 PM
Kalau kita tetak badan ular tu pakai parang ke pisau samurai tajam sekali tetak boleh terbelah dua,  ...

Dia akan menggelitat bergulung2 sendiri tanpa hala tuju
Quote Bungatulip1171 6-7-2024 11:53 PM
Serammmm
Quote delia3003 7-7-2024 12:00 AM
Edited by delia3003 at 7-7-2024 12:04 AM

I kalau jumpa ular depan mata, takde nye nak rakam, terus lari. Tengok ular menjalar macam tu depan mata pun dah geli. Kat padang sekolah dulu banyak kali terserempak dengan ular, kat tepi padang sekolah ada semak. Nasib baik tak pernah terserempak ular sawa. Kalau pergi zoo, memang idak le I lawat kandang ular, tengok ular meliuk lintuk menjalar melilit.
Quote B40tastePosh 7-7-2024 12:57 AM
delia3003 replied at 7-7-2024 12:00 AM
I kalau jumpa ular depan mata, takde nye nak rakam, terus lari. Tengok ular menjalar macam tu depan  ...

Pernah pegang ular ni kat Taman Ular Perlis...Sejuk lembut, lembik...tapi keras kalau Tekan dalam lagi.
Quote Jitu 7-7-2024 01:06 AM
slow je ular tu gerak

aku langgar ekor ular sawa melintas jln masa drive waktu mlm lebih kurang besar ni la
Quote yoppoy 7-7-2024 08:26 AM
Soalan serious - mengikut peradaban pantang larang kaum melei, boleh ke langkah je badan ulau tu
Quote ct_earn 7-7-2024 09:24 AM
Decaffeinated replied at 6-7-2024 09:37 PM
Kalau dah bergerak dari kiri ke kanan tu maksudnya kepala belah kanan la. Ular mana ada gear reverse ...

Tu la pasal.. Lagi mau tertanya2 kat mana kepala ular tu..
Quote ct_earn 7-7-2024 09:26 AM
yoppoy replied at 7-7-2024 08:26 AM
Soalan serious - mengikut peradaban pantang larang kaum melei, boleh ke langkah je badan ulau tu

Iols pun terfikir soalan yg sama.. Huhu...
Quote hokeypokey 7-7-2024 09:30 AM
nasib baik tak kena ngapp
Quote yoppoy 7-7-2024 10:58 AM
Kalau dia ngap, saya ngep
Quote Decaffeinated 7-7-2024 12:24 PM
yoppoy replied at 7-7-2024 08:26 AM
Soalan serious - mengikut peradaban pantang larang kaum melei, boleh ke langkah je badan ulau tu

bergantung kepada yang melangkah itu ada membela ular dalam seluar tak.

Quote yoppoy 7-7-2024 12:36 PM
Decaffeinated replied at 7-7-2024 12:24 PM
bergantung kepada yang melangkah itu ada membela ular dalam seluar tak.

So kalau yang melangkah tu membela ular dalam seluar jatuh hukum boleh ke harus melangkah?
Ke kena tengok jugak ular yang nak dilangkah tu jantan ke betina

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.097151 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top