PETALING JAYA – Gelagat seekor anak kucing yang sangat suka memakan durian membuat netizen ‘cair’ melihat kecomelannya menikmati raja buah itu. Video berdurasi 44 saat yang dikongsi di laman TikTok @Abangkucing menunjukkan anak kucing itu tidak mahu melepaskan buah durian yang disuap oleh pemiliknya dan makan habis sampai tinggal biji. “Baru jumpa baby (bayi) ni. Orang buang tepi jalan. Dia gila durian. “Dia ni lain macam sikit. Gila durian. Tak boleh nampak orang makan durian, panjat-panjat minta. Tak boleh banyak. Pitam pula dia,” tulisnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen yang lucu dan geram dengan kecomelan anak kucing berbelang hitam kelabu itu yang makan dengan sangat lahap buah durian tersebut.
“Sama macam kucing saya. Makan macam ni juga, gila durian. Sebiji habis dekat dia,” kata MadamAlia. “Dik, tu durian tau bukan wetpud (wet food),” kata justnaz. “Sakit nanti sayang, panas durian tu alolo somel (comel) sangat,” kata mariautoi. Perkongsian video tersebut berjaya mencapai jumlah tontonan sebanyak 857,500 dan 90,300 tanda suka.- KOSMO! ONLINE |
Decaffeinated replied at 7-7-2024 02:48 PM
apa kriteria untuk layak dipanggil netizen ni, mudah tersentuh hati dengan benda2 bongok ka?
I.K.A888990 replied at 7-7-2024 02:48 PM
haha comelnya dia makan
sedap sgt tgknya
green~tea replied at 7-7-2024 09:28 AM
Kucing, rimau mmg suka makan durian...
Kitty_catz replied at 8-7-2024 04:18 PM
kucen meols pun makan deyan, anggur, apple segala macam
ulam daun selom pun makan
amyza replied at 8-7-2024 09:34 PM
Kucing rare ni, makan mcm2. Senang jaga.
ADVERTISEMENT