CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Work life balance’ di Malaysia kedua terburuk dunia - Kajian

26-6-2024 11:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15584| Komen: 47


PETALING JAYA – Malaysia berada di kedudukan kedua terburuk di dunia berkaitan keseimbangan hidup dan kerja (work life balance) daripada 60 negara.

Menerusi kajian terkini daripada Remote iaitu sebuah syarikat perkhidmatan sumber manusia global mendedahkan Malaysia menjadi negara Asia yang terburuk dalam indeks tersebut.

“Kajian ini bertujuan untuk mewakili keseimbangan kehidupan-kerja setiap negara dengan tepat, membayangkan semula frasa popular keseimbangan kehidupan-kerja untuk menunjukkan bagaimana perniagaan di setiap negara meletakkan kehidupan sebelum bekerja.

“Rakyat Malaysia didapati bekerja keras daripada yang sepatutnya dan mempunyai sedikit atau tiada masa untuk berehat dan memulihkan tenaga daripada hari yang panjang serta penuh tekanan di tempat kerja,” kata Remote.

Kajian Remote itu menganalisis data yang dikumpul pada Mac 2023 dengan mengambil kira beberapa faktor berkaitan tempat kerja seperti bilangan hari cuti tahunan berkanun, bayaran sakit berkanun minimum, bilangan hari cuti bersalin berkanun, peratusan gaji untuk cuti bersalin berkanun, gaji minimum, penjagaan kesihatan, indeks kebahagiaan, purata waktu kerja mingguan dan hubungan sejenis.


Berdasarkan analisis data itu, Malaysia memperoleh 27.51 markah daripada 100 dan mencatatkan purata minggu bekerja 40.8 jam berserta gaji minimum USD1.07 (kira-kira RM5.04) sejam.

Malaysia juga berkongsi gelaran negara yang paling banyak bekerja bersama Mexico dan Nigeria.

“Pekerja di Mexico, Malaysia dan Nigeria adalah yang paling banyak bekerja, masing-masing menghabiskan lebih 40 jam secara purata setiap minggu, termasuk pekerja sepenuh masa dan sambilan,” kata laporan itu.

Sementara itu, negara yang mendominasi lima tempat teratas dalam senarai tersebut ialah New Zealand, Sepanyol, Perancis, Australia dan Denmark.
Manakala tiga negara Asia teratas ialah Taiwan (tempat ke-16), Singapura (tempat ke-19) dan Korea Selatan (tempat ke-32). 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pinkpunk 27-6-2024 08:08 AM
bukn ke korea ngn jepun keje lagi teruk dari kita
Quote Tinot7 27-6-2024 08:39 AM
Taiwan, singapura dan korea ada work laif balance?
Quote Mimo.mimo 27-6-2024 08:44 AM
Tak tekejut pun. Kerja bagai nak mati, bayar ciput. Kerja pulak 6 hari.
Quote s@s@ 27-6-2024 08:45 AM
teruk sebab x terima hubungan sejenis ke?
Quote hashashes 27-6-2024 08:58 AM
Betul. Kesian sa kat shopping mall tu. Masuk kul 9 abis keje kul 10 time mall tutup. Ke diorang ada shift dah skrg?
Kalau kt UK, kul 6pm sana kebanyakan kedai dah tutup
Malam2 byk bar je yg buka

Quote edayildiz 27-6-2024 09:14 AM
aah hari cuti je blh bermalasan atas katil..
kdg kesian kt baby bulus  dk tunggu i balik kerja..pastu dia dk sepak bola nk ajak i main ngn dia..
pg dh keluar..mlm baru balik....balik tu bersiap sat p jogging..kul 10 bsru blh rehat
lambatnya nk wikennn..nk ganti tdo
Quote akido_kido 27-6-2024 09:16 AM
Mohon kerja 4 hari seminggu je dan 5 jam sehari
Quote copy_paste 27-6-2024 09:23 AM
hashashes replied at 27-6-2024 08:58 AM
Betul. Kesian sa kat shopping mall tu. Masuk kul 9 abis keje kul 10 time mall tutup. Ke diorang ada  ...

keje fastfood pun sama,staff x ramai yg ada tu kena kerja sampai malam,cuti sehari x menentu,gaji ciput
Quote prizadane 27-6-2024 09:30 AM
Lah! Banyak bunyi la. Hari tu survey kata pekerja Malaysia paling best sebab public holiday punya banyak.
Quote hashashes 27-6-2024 09:35 AM
copy_paste replied at 27-6-2024 09:23 AM
keje fastfood pun sama,staff x ramai yg ada tu kena kerja sampai malam,cuti sehari x menentu,gaji  ...

Dpt plak customer entitle x reti nak kemas meja sendiri lps makan. Ermmm
Quote Eva_yy_Ellin 27-6-2024 09:57 AM
Kajian berdasarkan faktor bilangan hari cuti tahunan berkanun, bayaran sakit berkanun minimum, bilangan hari cuti bersalin berkanun, peratusan gaji untuk cuti bersalin berkanun, gaji minimum, penjagaan kesihatan, indeks kebahagiaan, purata waktu kerja mingguan dan hubungan sejenis.

Apakah?
Kufikir work life balance adalah pembahagian 24jam per hari tu. Kerja hanya pada office hour, habis office hour, that's our life to enjoy berambu ramba. Baru betul work life balance. Ini kajian berdasarkan hubungan sejenis? Memang corotlah Malaysia
Quote matamata 27-6-2024 10:02 AM
Woke company
Quote matamata 27-6-2024 10:05 AM
Depa tgk pada jumlah jam berkerja
Tapi produktif atau tak depa tak tgk
Kalau kerja yg patutnya boleh siap 2 jam tapi amik masa sehari pun tak guna jugak
Kalau kerja yg patutnya boleh siap dgn pakai 2 org tapi peruntukkan 5 org pun tak guna jugak...masa tetap berjalan...
Quote juruterra 27-6-2024 10:08 AM
tatau nk ckp, sebelum ni kerja mnc ok je work life balance by 5pm semua tutup kedai balik. sekali masuk satu terpaling glc ni...meetings after meetings pastu lepas meetings dok small talk pulak.... kdg siap setup meeting kol 5ptg. tak productive langsung...work life balance ni kita yg buat sebenarnya
Quote CoffeeOverdose 27-6-2024 10:14 AM
aku nk kerja 3 hari seminggu je dan balik kerja pkl 3pm. waahh, indahnya dunia klu mcm ni. dan sila mampos mana2 org yg tk pandai berurusan tu.
Quote sranua 27-6-2024 10:31 AM
Dengan medsos, tak dapat call, whatssapp, tak pun telegram, tengah malam, hari cuti...masa hari kerja 8-5/ 5 hari seminggu tak sibuk pulak.
Cuti pun sibuk nak ber'google meet'. Org dah ada jadual dgn famili..anak2 nk pegi kfc...cikcop...aduiii.
Quote Gingerly 27-6-2024 10:46 AM
Remote ni kena tgk komen acik2 kepam in denial yg takde ehsan duduk di bawah tempurung, sibuk suruh budak2 muda buat 2-3 kerja byk2 sampai nk mati kena serangan jantung kaedahnya demi merebut sebuah rumah idaman kepam sebesar liang lahad milik sendiri sambil bank tersenyum sinis
Quote n3ar 27-6-2024 10:59 AM
hashashes replied at 27-6-2024 08:58 AM
Betul. Kesian sa kat shopping mall tu. Masuk kul 9 abis keje kul 10 time mall tutup. Ke diorang ada  ...

kalau zaman dulu2 aku kerja, dorang ada shift & yg akan cover lebihan tu staff part time..kalau masuk 9.00 am - 6.00 pm, budak part time cover 5.00 pm - 10.00 pm

kalau masuk 2.00 pm - 10.00 pm, budak part time masuk pagi


Quote hashashes 27-6-2024 11:02 AM
n3ar replied at 27-6-2024 10:59 AM
kalau zaman dulu2 aku kerja, dorang ada shift & yg akan cover lebihan tu staff part time..kalau ma ...

Ok la ni kalau ada 2 shift. Ni dari Pagi mall buka smp ke malam, muka yang sama je kat store. Yg tu kesian

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.190184 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top