PETALING JAYA – Tindakan sesetengah individu mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil komisen ke atas kutipan derma adalah perbuatan haram. Ini kerana menurut penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, ketika ini ramai yang cuba mengaut keuntungan mudah dengan berselindung di sebalik kutipan derma untuk masjid dan tahfiz, tetapi menyalahgunakan wang tersebut untuk kepentingan diri sendiri. Azhar berkata, individu yang menjalankan aktiviti mengutip derma itu hanya dibolehkan mengambil upah tidak lebih empat peratus daripada jumlah kutipan diterima sahaja. “Hanya dua atau hingga empat peratus sahaja dibenarkan syarak. Ini tidak, dapat derma RM100,000 untuk pondok, ambil untuk kita sahaja RM30,000. “30 peratus yang diambil itu bukan kos pengurusan dah, biar kita ikhlas untuk menolong. Biar kita guna duit sendiri dan duit sumbangan untuk perkhidmatan.
“Apabila lama-kelamaan kita (kita mengambil duit sumbangan), kita akan lupa asal tujuan perbuatan kita (bantu surau atau masjid),” katanya pada sesi kuliah di sebuah masjid, baru-baru ini. Mengulas lanjut, Azhar berkata, ramai ketika ini mudah lupa dan selesa menggunakan duit sumbangan orang ramai sehingga mampu menggajikan diri sendiri dan kakitangan dengan jumlah yang tinggi. “Lama-lama jadi kaya macam tu ja (kaya hasil sumbangan orang ramai),” katanya. Sumber – KOSMO! ONLINE |
Thunderclouds replied at 24-6-2024 09:21 AM
Yg idop mkn komisen tonggang agama ni aku doakan perot busung xsembuh².
Xpon kurap naik kt muka.
Me ...
CoffeeOverdose replied at 24-6-2024 11:17 AM
kekdahnya, "yg penting niat kita utk sedekah. klu dorg tk amanah dorg jwbla kat akhirat". aku selalu ...
jebatmaspunyer replied at 24-6-2024 11:24 AM
Y cakap tu lah yang menggalakkan scammer. X rasa berdosa plak. Otak Allah bagi tak guna.
Mmg betu ...
seri_mawr replied at 24-6-2024 02:53 PM
undang2 negara kan membolehkan amik 30% tu...?? ni pasal kes A. tega n wife dia ke ni lalu keluar ke ...
cmf_jeangrey replied at 24-6-2024 04:40 PM
30% tu ikut law negara kapiaq sis..
Azhar berkata, individu yang menjalankan aktiviti mengutip derma itu hanya dibolehkan mengambil upah tidak lebih empat peratus daripada jumlah kutipan diterima sahaja.
seri_mawr replied at 24-6-2024 02:53 PM
undang2 negara kan membolehkan amik 30% tu...?? ni pasal kes A. tega n wife dia ke ni lalu keluar ke ...
rospinki replied at 24-6-2024 09:30 AM
hahaha yg gigih derma tu plak hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang yg kuti derma tu p ...
None68 replied at 24-6-2024 08:50 PM
Amil mmg boleh ambik 2.5% ikut hukum sama kadar dgn zakat cuma undang2 msia izinkan 30%
rospinki replied at 24-6-2024 09:30 AM
hahaha yg gigih derma tu plak hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang yg kuti derma tu p ...
ADVERTISEMENT