CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Terima Kasih Bawa Positif Vibe Bermadu..” – Suami Bawa Kedua-Dua Isteri Tunai Haji, Netizen Puji Berjaya Bersikap Adil

20-6-2024 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4119| Komen: 14


Baru-baru ini, di laman media sosial, tular satu video memaparkan seorang lelaki beristeri dua menunaikan ibadah haji pada tahun ini di Kota Mekah telah menarik perhatian warganet.

Perkongsiaan tersebut dipercayai telah dimuat naik oleh isteri kedua lelaki itu dengan memaparkan beberapa foto bersama suami dan madu ketika berada di Tanah Suci.

Dalam video terbabit, wanita yang bernama Syuhada itu berharap agar urusan mereka disana dipermudahkan dan dapat mengeratkan lagi hubungan dengan isteri pertama serta suami.


Perkongsian tersebut telah menarik perhatian orang ramai, di mana rata-rata netizen tumpang gembira serta memuji tindakan lelaki berkenaan yang bersikap adil melayani kedua-dua isteri.



Dalam pada masa yang sama, netizen turut mendoakan agar urusan mereka bertiga menunaikan ibadah haji dipermudahkan.

SUMBER : TikTok/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 20-6-2024 12:01 PM
Hamboi2 yg menulis..pilih bhgia dr beecakaran? Cuba ko plak bermadu..aku nk tgk gak apa ko rasa????jgn nk membongak sgt ek
Quote Ytee 20-6-2024 12:17 PM
hehe...ok la asalkan korg happy
Quote jebatmaspunyer 20-6-2024 01:18 PM
Kehidupan poligami ni lah yang patut dicontohi. Lelaki2 islam di luar sana nak berpoligami pastikan mampu tu sampai boleh bawak isteri-isteri pi haji. Ni ramai tanggungjawab nafkah asas pun lompong.

Wanita-wanita single y nak kat laki orang pun make sure lelaki tu mampu, jangan plak jadi enabler kepada lelaki y x mampu berpoligami pastu dah kawen bolot laki tu kat ko sorang, yang isteri pertama di biar uruskan rumahtangga sensorang. Sekali dgn kau dpt dosa.
Quote notfound 20-6-2024 01:24 PM
Syukur Alhamdulillah
Quote notfound 20-6-2024 01:24 PM
Semoga hingga ke jannah
Quote cempakaa 20-6-2024 01:27 PM
mojarean_X: Nk tanya soalan naif. Boleh ke ...


Tak boleh sebab aurat?
Quote CoffeeOverdose 20-6-2024 01:40 PM
celup sana celup sini.
Quote prince_marhaen 20-6-2024 02:07 PM
alim2 macamana pun dah tau kuat main...
Quote Prickford 20-6-2024 02:20 PM
prince_marhaen replied at 20-6-2024 06:07 AM
alim2 macamana pun dah tau kuat main...

Itu lerrr. Kalau tak kerana kuat main tu, 1 bini dah cukup.

Quote pokokmeranti 20-6-2024 02:21 PM
semoga berbahagian wlupun dalam hati asik memikirkan, selalu yg upkan dalam medsos akhirnya berantakan jua...
Quote afie_m 20-6-2024 02:23 PM
semoga bahagia...
Quote AcikCleaner 20-6-2024 02:26 PM
Semoga panas hingga ke petang
Quote Supersirap 20-6-2024 02:30 PM
Semoga dipermudah segala urusan
Quote yoppoy 20-6-2024 02:34 PM
Muka tiga tiga nak sama
Macam adik beradik
Betul ke bahagia
Cer tambah satu lagi cawangan
Yg kedua mamfu bahagia seperti yang pertama
#donebakarline

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.050662 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top