CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jemaah haji hilang tiga hari lepas lontar jamrah ditemui selamat

19-6-2024 10:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4050| Komen: 13



KUALA SELANGOR – Kehilangan seorang jemaah haji lelaki yang gagal dikesan di Mina sejak Ahad lalu terlerai apabila dia ditemui dalam keadaan selamat hari ini.

Salleh Hassan, 61, yang menetap di Puncak Alam di sini dilaporkan hilang kira-kira pukul 9 malam waktu tempatan selepas keluar bersendirian melontar jamrah.

Anaknya, Mohamad Khairul Asyraf, 28, berkata, mutawif tempatan menghubunginya memaklumkan bapanya itu dijumpai selamat di sebuah hotel di Masjidil Haram.

“Namun, saya masih menunggu panggilan telefon daripada ayah dan ibu, Kamsiah Nawin, 56, yang turut mengerjakan ibadah haji,” katanya kepada pemberita. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 19-6-2024 10:51 PM
Masa emak saya pergi haji dulu pun dia cerita ada jemaah hilang selepas melontar. Dua hari kemudian muncul pakcik tu di khemah. Kain ihram yang putih dah nampak kuning. Bila ditanya, pakcik tu cakap dia ada di perkhemahan dari Pakistan. Makan semua dia join jemaah Pakistan tu. Tapi dia tak perasan pun dia hilang dua hari...
Quote cempakaa 19-6-2024 11:46 PM
Syukur dah ditemukan
Quote cempakaa 19-6-2024 11:47 PM
imransulaiman replied at 19-6-2024 10:51 PM
Masa emak saya pergi haji dulu pun dia cerita ada jemaah hilang selepas melontar. Dua hari kemudian  ...

Agaknya dah terlampau penat kan dengan panas and jalan jauh jadi otak pun takda fikir lain. Tu yg tak perasan kot
Quote Semutbesi 20-6-2024 12:47 AM
Alhamdulillah
Quote haifawehbe 20-6-2024 01:42 AM
Alhamdulilah..
Quote doubleA 20-6-2024 01:50 AM
Syukur selamat. Ayah aku cerita banyak jemaah yg sesat tak jumpa khemah masa kt mina tu. Orang kan ramai dan tempat luas, ada perkhemahan banyak negara lain. Walaupun ada tanda tapi bila dah banyak dan nampak serupa je boleh sesat
Quote imransulaiman 20-6-2024 04:47 AM
cempakaa replied at 19-6-2024 11:47 PM
Agaknya dah terlampau penat kan dengan panas and jalan jauh jadi otak pun takda fikir lain. Tu yg  ...

Saya pun rasa macam tu. Cuaca panas ni kalau kita tak biasa, tambahan pula badan penat lesu, memang otak tak boleh berfungsi normal...

Wallahu'aklam
Quote ivy23 20-6-2024 07:09 AM
Alhamdulillah...
Quote kepingbewok 20-6-2024 07:09 AM
Alhamdulillah❤️
Quote Neno90 20-6-2024 08:08 AM
Alhamdulillah
Quote CoffeeOverdose 20-6-2024 08:54 AM
syukurrrrr....
Quote supernaturalee 20-6-2024 09:34 AM
menantikan acik bkk cerita ape jd dlm 3 hari kehilangan beliau
Quote notfound 20-6-2024 01:25 PM
Alhamdulillah

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.117127 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top