CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Penat Cari Duit Untuk Dia” – Suami Kerja Offshore Kecewa Lihat Isteri Tunang Dengan Lelaki Lain

7-6-2024 04:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8796| Komen: 84

Gambar sekadar hiasan



Tular di aplikasi TikTok, suami yang bekerja di offshore kecewa dengar isteri mahu mulakan hidup dengan lelaki lain. Hmm.. gaji banyak pun tak dapat jamin hidup harmoni.

Menerusi video yang dikongsi oleh seorang peguam syarie, dia berkongsi tentang seorang suami yang difahamkan pekerja offshore terpaksa menerima hakikat apabila isterinya sudah bertunang dengan lelaki lain.


Tapi yang lagi mengejutkan adalah pertunangan itu diadakan ketika perkahwinan mereka masih berstatus sah sebagai suami dan isteri.

"Saya kerja kapal, balik 6 bulan sekali… Penat cari duit untuk dia, macam ni dia balas kita."

"Keluarga mentua tahu dan siap suruh saya ceraikan isteri ada la."

Lelaki tersebut berkata dia tak sangka perkara yang haram ini disokong oleh keluarga walaupun perkahwinan mereka sudah 12 tahun dan dikurniakan 3 orang anak.



"Depa kata saya tak layak masuk keluarga depa sebab saya anak tak sah taraf."

Alasan ini digunakan oleh keluarga mentua untuk mendesak lelaki tersebut menceraikan isterinya dan berkeras tak nak keturunan dari orang yang berstatus sebegitu.

Walau bagaimanapun, selepas pergi ke sesi kaunseling, si isteri masih tidak mengaku perbuatan haram yang dilakukan itu.

Kesiannya si suami ni, dah lah pergi kerja untuk cari rezeki buat keluarga tapi lain pulak jadinya. Apa-apa pun, semoga tabah hadapi ujian ni.

Kredit: TikTok @HairiMustafa_Associates/OhMedia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 7-6-2024 04:17 PM
"kita xde jodoh bang...andai abang keciwa..mohon..janganla abang terjun ke laut"-pompuan
Quote midori888 7-6-2024 04:26 PM
Edited by midori888 at 7-6-2024 04:37 PM

kerja kapal patut lah...kalu kerja kat offshore platform or rig takde nyer balik 6 bulan skali...standard 2 weeks on, 2 weeks off jer kat Msia nie...paling tinggi 28 days on off...

btw org kerja kapal nie dipanggil kerja offshore jugak ke? sbb kalu sebut offshore biasa org ingat kerja pelantar minyak..kerja kapal bukan panggil sailor ke?
Quote menjad 7-6-2024 08:11 PM
isteri pun kelaku tak patut... laki ko jauh ko bleh buat perangai. duit dia ko kaut
Quote delia3003 7-6-2024 08:27 PM
Bertunang cara barat, boleh plak terima lamaran lelaki lain semasa masih sah jadi isteri orang.
Quote syamzana 7-6-2024 08:37 PM
laaaa dah nikah 12thn ada anak bagai tup2 suh cerai sbb suami anak tak sah taraf. samdol ke apa???

ye ke dak cite ni???
Quote Firenzza 7-6-2024 08:42 PM
"Depa kata saya tak layak masuk keluarga depa sebab saya anak tak sah taraf."

......apa citer sebenarnya? Tok laki ni anak luar nikah ka atau isteri kegersangan 6 bln cari laki lain tu yg mentua  mintak cerai
Quote batmana 7-6-2024 09:16 PM
ni contoh lelaki yg baik

ayuh yg pmpn bujang , sila lamarla laki cmni..
Quote Tinot7 7-6-2024 09:23 PM
Eh, sejak bila pompan yg masih isteri bleh bertunang dgn laki lain?
Quote clueless_gamer 8-6-2024 04:07 AM
awak terlalu baik untuk saya..
Quote green~tea 8-6-2024 05:25 AM
Apa pompuan tu fikir ek...
Quote CatMiow 8-6-2024 05:35 AM
Offshore ke kerja kapal? Setahu aku offshore ni refer kerja kat pelantar .

Jangankan kerja kapal 6bulan, kerja pelantar minyak offahore 2minggu pun ada bini bawa laki lain masuk rumah. Ni kisah kat tempat aku.
Quote noor2 8-6-2024 05:45 AM
Peguam ni x boleh simpan rahsia org lain...
Quote gekkou 8-6-2024 09:43 AM
anak 3 tamau r
kalau duda x de anak
or bujang belum kahwin tapi tunang curang

meh aku lamar

bagi duit cukup untuk aku travel
tak balik umah pn aku okay
Quote damsel_fiji 8-6-2024 10:17 AM
Skrg ni semua kerjaya x kisah la professional ke apa semua dah prangai caprut.. semua benda pnc nk citer kat tiktok.. demi viral katanya
Quote Mary_jane 8-6-2024 10:18 AM
Cerita macam versi hasanah ni ingatkan dari konoha tadi.

Yang loyer pun apo screenshot ws buat content?
Quote cmf_almondpecan 8-6-2024 10:30 AM
midori888 replied at 7-6-2024 04:26 PM
kerja kapal patut lah...kalu kerja kat offshore platform or rig takde nyer balik 6 bulan skali...sta ...

Seafarer. Dia sign on berapa bulan kemudian sign off boleh balik rumah lama juga sebelum sign on lagi.
Quote noor2 8-6-2024 11:03 AM
Peguam ni mcm makcik2 kampung kepochi...

X minat aku nk baca kisah hidup rumahtangga org yg aku x kenal mcm ni..euwww ..peguam tahap makcik2 kampung kepochi
Quote mawardia 8-6-2024 11:47 AM
admin, asal keje laut je, offshore.
Apo!
Ni sah-sah la crew kapal.
Belayar.
Quote Prickford 8-6-2024 12:05 PM
batmana replied at 7-6-2024 01:16 PM
ni contoh lelaki yg baik

ayuh yg pmpn bujang , sila lamarla laki cmni..

Pompuan bujang pon pikir 2-3 kali ni. Laki balik 6 bulan sekali oiii. Tak semua pompuan mental deyols boleh tahan terima jumpa laki 6 bulan sekali. Kalau boleh nak laki doplohpatjam depan mata

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.316803 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top