SINGAPURA – Seekor ikan aneh yang disifatkan mempunyai wajah mengerikan ditemui terdampar di sebuah pantai di Singapura baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail semalam. Ikan dikenali sebagai Longnosed stargazer itu ditemui bersembunyi di dalam pasir dan tidak bergerak sambil mendongak ke langit. Menurut lelaki yang menemuinya, Dennis Chan, meskipun berasa terancam, dia menyifatkan penemuan itu sebagai perkara yang luar biasa. “Pemandangan yang luar biasa. Ikan unik ini ‘menanam’ diri di dalam pasir dengan hanya kepala terdedah, seolah-olah menunggu mangsa yang tidak disangka,” kata Dennis dalam video hantarannya di Instagram. Segelintir pengguna media sosial kemudian menyuarakan rasa ngeri melihat ikan itu dengan ada yang mendakwa ia menimbulkan rasa fobia dalam diri mereka. “Orang ramai mengejek saya kerana fobia dengan ikan. Lihatlah haiwan itu, ia sangat menyeramkan,” kata seorang pengguna. – AGENSI
|
cantthinkofany replied at 6-6-2024 09:18 AM
mmg ngeri....ngan mata mcm tu...gigi macam tu....ngeriiiii weiiiii
stingerbumpy replied at 6-6-2024 09:27 AM
Trying putting your latest filtered photo next to it....where do you think you stand kethink?
Ing ...
cantthinkofany replied at 6-6-2024 09:33 AM
weiiiii......ngeri is not body shaming tauuu...hudoh ya....
me? next to it...hmmm....mcm ikan tu ...
ctaz replied at 6-6-2024 09:33 AM
SPESISI STONEFISH JER PUN...NGERI APA NYER
ADVERTISEMENT