Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti trajektori gelombang baharu Covid-19 berikutan peningkatan dua kali ganda wabak berkenaan yang direkodkan di Singapura sejak dua minggu lalu. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di negara jiran itu membabitkan dua sub varian baharu Omicron. "KKM sedang memantau trajektori gleombang baharu peningkatan dua kali ganda kes Covid-19 yang dilaporkan di Singapura. "Setakat ini, dilaporkan ia membabitkan kes gabungan sub varian KP.1 dan KP.2 yang menyumbang lebih dua pertiga daripada kes Covid-19 di Singapura," katanya menerusi satu hantaran di X, hari ini. Dzulkefly memberi penjelasan terbabit sebagai respons kepada pertanyaan seorang pengguna X yang bertanya sama ada Malaysia bersedia untuk berdepan gelombang baharu Covid-19, sebagaimana yang sedang melanda Singapura.
Pengguna terbabit meninggalkan komen dalam satu hantaran infografik menunjukkan peningkatan kes di Singapura bagi tempoh 5 hingga 11 Mei lalu dengan jumlah kes baharu melonjak kepada 25,900. Jumlah itu mencatatkan peningkatan mendadak berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya. Sementara itu, di Malaysia, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan pada 12 hingga 18 Mei lalu adalah 1,230 berbanding 1,071 kes pada minggu sebelumnya dengan peningkatan 14.8 peratus. Sumber : Harian Metro |
aina_shaira replied at 21-5-2024 03:04 AM
Covid ada balik ke sekarang ni?
aina_shaira replied at 21-5-2024 03:04 AM
Covid ada balik ke sekarang ni?
LoveSungmin replied at 21-5-2024 04:16 PM
ada.. manager i baru kena last 2 weeks.. now still batuk tak berhenti.. nak meeting pun seram :swe ...
mamaazim replied at 21-5-2024 05:09 PM
yes office mate I pun kene, after that kene post covid. keluar masuk hospital due to lung infectio ...
LoveSungmin replied at 21-5-2024 07:43 PM
i ingatkan simptom dah tak teruk sekarang ni.. mana tau rupanya lebih kurang macam yang dulu juga. ...
ADVERTISEMENT