CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tak Akan Lah Pasangan Kekasih Datang Set Bersama Tak Buat Apa-Apa? Inikan Pula Dah Depan Mata, Berduaan Dalam Rumah’ - Adik Bella

14-5-2024 08:02 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3908| Komen: 5



Adik kepada pelakon Bella Astillah iaitu Didi Astillah mendakwa punca perceraian antara kakak dan abang iparnya, Aliff Aziz adalah disebabkan kes khalwat bersama pelakon, Ruhainies.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Didi seakan mempersoalkan kenyataan Aliff yang mendakwa tiada apa-apa yang berlaku sewaktu dirinya dan Ruhainies ditangkap khalwat pada Mac lalu.

"Tak akan lah pasangan kekasih dah ber LU LU, MU MU datang set bersama tak buat apa apa? Umpama kucing menolak ikan. Bau ikan pun kucing dah tertarik sedangkan di set pun berani bermesra-mesra, inikan pula dah depan mata atau berdua-duaan dalam rumah?"

Sementara itu, Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah mendakwa sikap abang iparnya itu mula berubah selepas memulakan penggambaran bersama Ruhainies.

"Memang masa abang mula shooting dengan Ruhainies ni lah abang start berubah. Tak payah nak putar belit, sekarnag ni cerita dia memang penceraian ni gara-gara kes abang dengan Ruhainies."


Ujar Didi lagi, tujuannya menyuarkan perkara itu kerana sudah hilang sabar mendengar kenyataan Aliff yang ‘berputar belit’ demi menutup kesalahannya dengan Ruhainies.

"Saya dibesarkan bukan sejenis backup keluarga kalau betul dah buat salah. Yes, kak long saya pernah buat kesalaha, tapi kalau abang sayang, hormat dan perlakukan dia sebagai seorang isteri, mustahil untuk benda-benda itu terjadi."

"Setelah 10 tahun dia terima dan bersabar atas kecurangan abang. Tapi dia dah lama pun bertaubat dan yang paling penting mengaku dan sedar dengan kesilapan. Tapi abang? Bila nak bertaubat? Salah tetap salah."

"Saya percaya apa yang mereka cuba buat adalah untuk mengaburkan mata semua orang dengan kes tangkapan khalwat mereka which is benda ni lah yang paling penting dan utama bukan hal lain."

Terdahulu, kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus lagi selepas Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah, di ibu negara, Mac lalu.

Pada 11 Mac lalu, Bella telah memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Sumber: IG Didi Astillah/OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 13-5-2024 11:42 PM
Bape bnyk thread nk bukak ni
Quote L.U.S.M 14-5-2024 07:58 AM
Aku tgk Kes ni jadi besar sbb Didi ni bukak semua cerita londeh xhbs2..ptt hari tu si putik ni pergi minta court order utk semua org yang xterlibat including family members jenis toxic mcm ni..ntah hape2..konon kemek tu baik..klu baik idoknye semua aib dia jaja luar smpi adik ipar sound2 mcm ni..

Private things settle private la oiii..semak betul kisah laki bini toxic ni..
Quote LaskarHijayu 14-5-2024 08:11 AM
Bella pon patot minta court order sbb alip tak habis2 bercakap psl dia. Bella respon no komen pon dia marah haha
Quote imransulaiman 14-5-2024 04:11 PM
Didi masih lagi panggil alep "abang". Pada saya itu masih hormat dan sopan.
Quote MissVixen 14-5-2024 04:17 PM
Diam je dulu acik didi. Tunggu dah selamat cerai baru bising. Tengok sejarah kakak yang jilat ludahnya balik.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.038152 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top