CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuaca panas: KKM akan umum jika perlu tutup sekolah - "Jangan khuatir, jika perlu kita akan segera buat pengumuman"

3-5-2024 07:16 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22983| Komen: 5



PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat pengumuman termasuk mempertimbangkan keperluan penutupan sekolah berikutan cuaca panas melanda beberapa negeri.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, langkah tersebut memerlukan penelitian Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan selain perlu diperhalusi dengan cermat.

"Jangan khuatir, jika perlu kita akan segera buat pengumuman," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di sini pada Jumaat.

Menurutnya, pada masa ini kementerian kekal dengan prosedur operasi standard (SOP) yang menyarankan agar sekolah tidak menganjurkan sebarang aktiviti luar bilik darjah sekiranya suhu cuaca melebihi 35°C selama tiga hari berturut-turut.

"Saya sangat menganjurkan Kementerian Pendidikan atau guru besar supaya tidak mengizinkan pelajar buat aktiviti di luar.


"Itu sangat mustahak kerana kita tidak mahu saksikan kejadian sebelum ini berlaku," ujar beliau.

Cuaca panas luar biasa yang melanda terutama di Kelantan, Perlis dan Kedah ketika ini dijangka berlarutan selama dua bulan lagi selain menjadi musim paling panas dunia.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, cuaca panas ini melibatkan dua aspek iaitu fenomena El Nino yang bermula sejak tahun lepas selain faktor perubahan iklim.

Dalam perkembangan sama, Dr Dzulkefly berkata, orang ramai juga disaran agar memberi perhatian terhadap kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan berkaitan cuaca panas.

Sementara itu, mengulas mengenai kekurangan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) di hospital daerah, Dr Dzulkefly berkata, kementerian akan mengumumkan satu rancangan pelaksanaan dalam masa terdekat.

"Malam ini mesyuarat tergempar dengan pengurusan tinggi KKM untuk tangani perkara ini," katanya.

Pada 26 April lepas, Dr Dzulkefly dilapor mengarahkan pengurusan KKM di peringkat pusat dan negeri untuk meneliti isu bebanan tugas di hospital serta penilaian semula tindakan yang telah dibuat membabitkan penempatan dan cara kerja PPS. 

Sumber - Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 4-5-2024 10:48 AM
tutup office sekali bagi work from home
Quote mh17 4-5-2024 01:14 PM
alamak,mcm2 la
Quote KamikuP 6-5-2024 04:11 PM
Dia ni mneteri kesihatan yg tak function di mata meossl
Quote epullipan 6-5-2024 04:27 PM
tutup sekolah pulak dah...makin delay le nampak nya sekolah nak start januari camni
Quote kotakbaju 6-5-2024 04:38 PM
Rasa macam terdengar berita kat radio semalam yang mana2 sekolah terlibat akan ditutup sebab cuaca panas ni. Tak pasti la kalau sekolah dah diberi notis atau belum lagi.

Iols kat utara ni, buleh kata petang2 hujan jugak. Kadang lebat betul siap pakej angin kuat, kilat guruh. Sejuk la jugak malam2 lepas hujan sampai la esok pagi. Lepas tu mai tengah hari sampai petang bahang le balik.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.044584 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top