CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anwar seru negara Arab, Islam konsisten tuntut keadilan bagi rakyat Palestin

2-5-2024 07:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12537| Komen: 5


PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru negara-negara Arab dan Islam untuk terus konsisten dan tegas dalam menuntut keadilan bagi rakyat Palestin.

Beliau berkata, semua pihak perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan haram Israel yang menjadi punca utama konflik berpanjangan ketika ini.

“Di Riyadh saya berjumpa Presiden Palestin, Putera Diraja Arab Saudi, beberapa Perdana Menteri dan Menteri luar, umumnya bersependapat bahawa kelaziman berterusan, Gaza mahu dihancurkan tetapi kurang keupayaan untuk melakukan lebih daripada itu kerana kelebihan Israel yang didukung oleh Amerika Syarikat dan sebahagian dengan negara Eropah.

“Jadi kita cuma menekankan bahawa kita harus ada satu suara hentikan kezaliman ini dan nampak terbatas keupayaan. Itu yang saya terkesan sekali sebab sebelum saya berangkat pulang, nampak seolah-olah kebimbangan yang sangat serius,” katanya dalam program Soal Jawab Perdana Menteri malam ini.


Anwar berkata, strategi melibatkan pelbagai negara harus dirangka berikutan penindasan di Gaza bukan lagi isu yang hanya melibatkan negara Arab dan Islam.

“Saya tidak fikir ini isu negara Islam atau negara Arab. Kita harus memanfaatkan apabila ada dukungan kenyataan lebih positif dari negara China, Rusia dan lebih -lebih lagi kesatuan Afrika, Brazil, Sepanyol dan Ireland.

“Jadi saya usulkan kita harus merangka strategi yang melibatkan negara-negara ini dan tidak hanya melihatkan ini sebagai Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan negara Arab dan Islam,” ujarnya.

Katanya, ketegasan Malaysia untuk menghentikan keganasan ke atas penduduk Gaza bukan bagi menunjukkan kekuatan negara tetapi dilakukan atas dasar kemanusiaan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 2-5-2024 02:14 PM
Nanti Pak Arab kata ko settlekan masalah melayu ja sudah lah. Tak payah nak ajar orang arab dengan ribu tahun punya budaya how to live in their world.
Quote cmf_jeangrey 2-5-2024 04:39 PM
Colombia baru je putuskan hubungan diplomatik dgn Israel atas dasar pemimpinnya yg genocidal



Quote nusaraya 2-5-2024 10:57 PM
Decaffeinated replied at 2-5-2024 02:14 PM
Nanti Pak Arab kata ko settlekan masalah melayu ja sudah lah. Tak payah nak ajar orang arab dengan r ...

Ini adalah bukti sikap PMX yang  No Action Talk Only (NATO) terkait masalah Palestine betol-betol menggelikan .... kerana PMX dengan  lucunya malah memberi teguran kepada negara arab dan majority islam lainnya yang juga bersikap NATO  sebagai sebuah kesalahan atau kekeliruan ...
  
Betol-betol lawak jadinya ....Hehehehe


Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 12:17 PM

Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 12:17 PM

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.032965 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top