Wanita yang mendakwa dirinya kekasih kepada aktor, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine mengambil pendekatan tegas untuk menolak jemputan pelakon, Ruhainies yang mengajaknya untuk bersemuka bagi menyelesaikan kemelut yang melibatkan mereka serta isteri Aliff, iaitu Bella Astillah. Pernah Beri Peluang, Namun Ditipu Tegas Sarah menerusi Insta Stories, dia sudah memberikan peluang kepada Ruhanies untuk bersikap jujur namun pelakon berkenaan dikatakan telah menipu dirinya. “Saya beri awak peluang untuk jujur dengan saya sebanyak dua kali dan awak menipu saya, dua kali. Apa yang buat awak fikir saya akan percaya dengan kata-kata-kata awak sekarang? Jadi kenyataan saya kepada permohonan maaf awak, tetap tidak, terima kasih.”-tegas Sarah “Saya Block Awak Di WhatsApp Kerana…” Tambah Sarah, dia turut menyekat (block) Ruhainies di aplikasi WhatsApp disebabkan tidak mahu lagi untuk bercakap dengan pelakon berkenaan.
“Saya block awak di WhatsApp kerana saya tak mahu cakap dengan awak lagi. So please take the hint.”-tulis Sarah Yasmine Pelakon, Ruhainies telah tampil membuat permohonan maaf kepada Bella Astillah menerusi Insta Stories miliknya, pagi tadi. Dalam pada itu, Ruhainies turut meluahkan hasrat mahu bertemu dengan Bella serta Sarah Yasmine bagi menjernihkan keadaan berhubung kontroversi yang melibatkan mereka, baru-baru ini. Apa komen anda? Sama-sama kita doakan isu yang berlaku akan berakhir dengan baik.. Sumber : Murai.my |
kuzaime replied at 26-4-2024 10:56 PM
Ada gak aku jengah2 ig kakak kemut, tapi x berkutik apa2 pasal isu ni, ig pun x bole komen, kalau x ...
ADVERTISEMENT