CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita simbah lelaki OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, denda RM6,000

23-4-2024 11:28 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18215| Komen: 70


BALIK PULAU – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan denda RM6,000 terhadap wanita yang menyimbah air panas ke arah pemuda orang kelainan upaya (OKU) Sindrom Down, Jumaat lalu.

Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin menjatuhkan hukuman itu kepada tertuduh, Oo Saw Kee ,39, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Ketika prosiding, Ahzal Fariz berkata, setelah meneliti fakta kes, mahkamah mendapati perbuatan tertuduh adalah satu kesalahan kejam dan tidak berperkemanusiaan.

“Mahkamah berkongsi sentimen dengan masyarakat bahawa ia satu perbuatan kejam, tambahan pula tidak ada provokasi daripada mangsa. Mahkamah mengambil kira kepentingan awam melebihi tertuduh.

“Tujuan hukuman ini bukan sahaja untuk memberi peringatan kepada tertuduh tetapi juga kepada masyarakat agar tidak mengulangi perbuatan ini kepada mana-mana OKU.


“Oleh itu mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM6,000 terhadap tertuduh, jika gagal membayar denda tertuduh dikenakan hukuman penjara 12 bulan,” katanya di sini hari ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai pembantu jualan didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas A.Solairaj, 33, dengan menyimbah air panas ke arahnya di dalam lif sebuah pangsapuri, di Bayan Lepas, kira-kira pukul 9.24 pagi, pada 19 April lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

Terdahulu ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Noodin Ismail memohon mahkamah mengenakan hukuman yang berat kepada tertuduh memandangkan perbuatannya menyimbah air kepada mangsa adalah satu perbuatan yang serius.

“Mangsa masih dirawat di hospital dengan kesan melecur di bahagian belakang badan, bahu serta leher, dan doktor perlu mencuci luka melecur ini. Bayangkan air panas terkena di bahagian badan.

“Oleh itu, hukuman yang dikenakan terhadap tertuduh mesti memberi impak, tambahan pula mangsa akan mengalami kesedihan dan juga kecacatan kekal kesan simbahan air panas ini,” katanya. 

Sumber -KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sesuatu… 24-4-2024 06:03 AM
Laju jatuh hukum. Tahniah semua. Kesian laki oku tu menggelupur xde sbb.

Aku ingtkn minah ni dr mainland. Rupanya org malaysia. Dasat perangai mainland dh smpi sini
Quote albedah 24-4-2024 06:29 AM
Apsal dia simbah air panas? Oku tu ada salah apa2 kat dia ke?
Quote otai_g 24-4-2024 06:54 AM
Dgr ceritanya mmg dorang ada masalah da Lama 4 tahun. Simbah air panas tu kira mcm nak balas dendam lah tu. Ha balas dendam punya psl ke dalam ko. X berbaloi
Quote Samerosie 24-4-2024 06:55 AM
Edited by Samerosie at 24-4-2024 07:09 AM

Kat fb bila dpt tau mangsa bukan melayu terus sengap. Kalau tak punya maki tak ckup tanah okt pendatang naik kepala la melayu dah muak la ketuanan melayu la bagai sbb ingat mangsa melayu. Bukan sbb seorang oku kena dera.  Why? oku (tanpa badge melayu) tak deserve pembelaan ke?
Quote Samerosie 24-4-2024 06:55 AM
albedah replied at 24-4-2024 06:29 AM
Apsal dia simbah air panas? Oku tu ada salah apa2 kat dia ke?

Katanya old feud 4-5 tahun lepas. dendam.
Quote felinecat 24-4-2024 07:15 AM
Samerosie replied at 24-4-2024 06:55 AM
Katanya old feud 4-5 tahun lepas. dendam.

Kenapa die nak berdendam dgn lelaki sindrom down.. Die pon xcukup akal ke. Padan muke kedalam
Quote nw111 24-4-2024 07:26 AM
Betina ni oku jugak ke
Quote Samerosie 24-4-2024 07:26 AM
felinecat replied at 24-4-2024 07:15 AM
Kenapa die nak berdendam dgn lelaki sindrom down.. Die pon xcukup akal ke. Padan muke kedalam

I rasa gaduh dgn family oku tu kut but since dah dapat ahli keluarga rival yg tak sempurna ni pun berguna tuk balas dendam.
Quote pokokmeranti 24-4-2024 07:45 AM
Samerosie replied at 24-4-2024 06:55 AM
Kat fb bila dpt tau mangsa bukan melayu terus sengap. Kalau tak punya maki tak ckup tanah okt pendat ...

kenapa? x boleh ke diam? cina vs cina, melayu tepuk tangan.
Quote Belibis 24-4-2024 07:59 AM
pokokmeranti replied at 24-4-2024 07:45 AM
kenapa? x boleh ke diam? cina vs cina, melayu tepuk tangan.

Oku tu keling kan?? Ada garisan putih atas dahi macam mp jelutong tu.
Quote naina 24-4-2024 08:09 AM
Samerosie replied at 24-4-2024 06:55 AM
Kat fb bila dpt tau mangsa bukan melayu terus sengap. Kalau tak punya maki tak ckup tanah okt pendat ...

So whattt? Biarlah bangsa depa je bising. Kalau melayu bising tak cukup tanah haruslah sebab negara ni majoriti melayu kot. Bangsa Dorang pun tak kecoh kenapa pula kita nak melebih membela nasib. Sikit2 prihatin sudah laaa. Dah jatuh hukum terus kira bagus sangat dah.
Quote naina 24-4-2024 08:10 AM
pokokmeranti replied at 24-4-2024 07:45 AM
kenapa? x boleh ke diam? cina vs cina, melayu tepuk tangan.

Khennnn. Cmni pun nak bitter.
Quote shamsadis 24-4-2024 08:10 AM
terus jatuh hukum biasa mata sepet ni fighter dekat court, lantik peguam, at least hukuman dia mintak kurang.....ni apsal tak fight? samada takder backup dari family, rakan2 atau silap percaturan...
Quote menjad 24-4-2024 08:12 AM
Dgn oku pung nak brrdendam... Mendapat lah kan
Quote pokokmeranti 24-4-2024 08:13 AM
Belibis replied at 24-4-2024 07:59 AM
Oku tu keling kan?? Ada garisan putih atas dahi macam mp jelutong tu.

klu gitu, cina vs india, melayu tepuk tangan.
Quote JunkMail 24-4-2024 08:13 AM
Samerosie replied at 24-4-2024 06:55 AM
Kat fb bila dpt tau mangsa bukan melayu terus sengap. Kalau tak punya maki tak ckup tanah okt pendat ...


Lain macam bitter acik.. ingatkan tak heran dgn pembelaan orang melayu. Hadap jugak?
Quote airmineral 24-4-2024 08:16 AM
Apa sebab dia simbah budak tu?
Quote duri_durians 24-4-2024 08:17 AM
bagus la laju jatuh hukum. tapi heran 10 tahun perginya.
sbb byk jugak kes lain yg hukuman tak sampai 5thn pun.
Quote misc 24-4-2024 08:22 AM
Padan muka  dpt 10 tahun. Patutnya kasi sebat dgn rotan 1 kali sebagai pengajaran.

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.042552 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top