CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

7 tahun bawa BMW X6 tanpa cukai jalan

17-4-2024 01:47 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8149| Komen: 46



SHAH ALAM – Tindakan seorang lelaki memandu kenderaan mewah jenis BMW X6 yang telah tamat tempoh Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan selama tujuh tahun membawa padah apabila ditahan di Lebuh Raya Grand Sepadu hala Bukit Raja di sini semalam.

Penahanan lelaki berusia 59 tahun itu dilakukan kira-kira pukul 11.30 pagi menerusi Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, siasatan awal mendapati lelaki tersebut baru pulang dari membeli barang di sebuah kedai di Kapar, Klang dekat sini.

Katanya, lelaki itu memberikan alasan tidak memperbaharuinya LKM disebabkan hanya memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) tersebut pada jarak dekat sahaja.

“Leaki berkenaan juga mengakui tidak pernah menukar nama selepas membeli kenderaan tersebut.

“Kenderaan tersebut juga tidak mempunyai insurans sebagai perlindungan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Jelas Azrin, kenderaan tersebut kemudiannya disita dibawah Seksyen 64(1) APJ dan dibawa ke JPJ Shah Alam. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 17-4-2024 02:03 PM

Screenshot 2024-04-17 140028.png
Quote prettyuglybabe 17-4-2024 02:05 PM
orang kaya pun kadang-kadang sesak derrrr..
Quote BoongaKertas 17-4-2024 02:09 PM
bajet dia lari selama 7 tahun kekdahnya
Quote lasagna 17-4-2024 03:15 PM
apa punca dia kena tahan? adakah sbb speed trap?
ni mmg saje lahh xnk buat semua tu, konon lepas smp bebila..
haaa hambek kau.
Quote she 17-4-2024 03:50 PM
lasagna replied at 17-4-2024 03:15 PM
apa punca dia kena tahan? adakah sbb speed trap?
ni mmg saje lahh xnk buat semua tu, konon lepas smp ...

Kan di situ sudah tertulis
Sekatan Jalan Raya OPS 2024

Bila last sayam kena cubit kat ibu jari haaaaaaa
Quote clueless_gamer 17-4-2024 03:59 PM
Edited by clueless_gamer at 17-4-2024 04:01 PM

pandai dia buat kira2 kan.. biasa geng kiasu buat camni

road tax kete camni beribu harganya kalau nak renew.. tp kalau setakat kena saman tu 200 300 je kot
baik bayar saman dari bayar road tax.. lagi murah..

itu pun kalau kena samanlah.. atau pun settle sini je.. jimat dan cepat kekdahnya

patut buat mcm negara scandinavian.. saman traffic ni ikut percentage pendapatan tahunan.. baru terkincit deme kena saman nanti kalau takde roadtax
Quote syamzana 17-4-2024 04:04 PM
pakai axia sudah la pakcik...
Quote Decaffeinated 17-4-2024 04:11 PM
Aku pernah lupa tampal road tax tapi lepas ja road block, sama2 tak perasan. Bukti benda ni memang boleh dicuba yang penting senyum dengan mesra dan penuh yakin.

Quote s@s@ 17-4-2024 04:15 PM
clueless_gamer replied at 17-4-2024 03:59 PM
pandai dia buat kira2 kan.. biasa geng kiasu buat camni

road tax kete camni beribu harganya kalau n ...

untunglah geng b40 bergolok gadai beli kenderaan.....
bayar saman ciput.
Quote Decaffeinated 17-4-2024 04:21 PM
clueless_gamer replied at 17-4-2024 03:59 PM
pandai dia buat kira2 kan.. biasa geng kiasu buat camni

road tax kete camni beribu harganya kalau n ...
Jelas Azrin, kenderaan tersebut kemudiannya disita dibawah Seksyen 64(1) APJ dan dibawa ke JPJ Shah Alam.
Kena sita sis. Tak berbaloi2.

dan kalau saman ikut income tu makin naik lemaklah biforti.

Quote lasagna 18-4-2024 08:03 AM
she replied at 17-4-2024 03:50 PM
Kan di situ sudah tertulis
Sekatan Jalan Raya OPS 2024

ohh yaa laa.. tak focus baca la pulak..
maafin iols kaka she, ni laa bahana smbil berforum,
smbil mkn kuih raya kat opis hihii
Quote shamsadis 18-4-2024 08:18 AM
kalau dia langgar orang, orang kena langgar tak dapat apa....insurans takder
Quote Themilo 18-4-2024 08:40 AM
clueless_gamer replied at 17-4-2024 07:59 AM
pandai dia buat kira2 kan.. biasa geng kiasu buat camni

road tax kete camni beribu harganya kalau n ...

Saman apa je nyahhh.. siap pakej kena sita tu.. memag mereput la kereta tu kat depoh
Quote FOTHER-MUCKER 18-4-2024 08:53 AM

Kereta BMW dalam article ni sebenarnya 1st model BMW x5 kereta lama. Tapi biasa lah wartawan tu hentam aja
Quote zorrro_03 18-4-2024 09:21 AM
FOTHER-MUCKER replied at 18-4-2024 08:53 AM
Kereta BMW dalam article ni sebenarnya 1st model BMW x5 kereta lama. Tapi biasa lah wartawan tu he ...

x5 lama yang desing hodh giler tu ke...  lantak laa kena sita masuk depo pun.  sohai ni pun takde tempat nak park kereta banyak2 kot.
Quote matseh 18-4-2024 10:50 AM
dah 10 tahun x der road tax. Kereta dah 20 tahun Waris dah meninggal.
Alasan setiap kali kena tahan dgn Polis. 3 kali dah kena. Tapi x kena sita.
KAlau x der road tax lps tu x der insurance kena caj mahkamah, tak leh byr saman je. JPJ saman.
Quote vanillaninja 18-4-2024 11:11 AM
Tengok gambar pun tau model lama. Sah2 la sebab heols sengkek. Sebab tu tak renew.
Quote midori888 18-4-2024 12:39 PM
shamsadis replied at 18-4-2024 08:18 AM
kalau dia langgar orang, orang kena langgar tak dapat apa....insurans takder

org mcm nie mmg jenis selfish...
Quote hart_attack 18-4-2024 12:48 PM
Bang ipar aku lg terror, dr muda smpai ke umur 44 thn drive x de lesen,kereta pun ats Nama wife yg Ada lesen,tp X Di baginya wife drive. Langsung X pernah tertangkap de jpj atau polis. X tau la mcm mana dia cover bila tgh drive pihak berkuasa Kasi Lepas je

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.050866 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top