Terkini, bekas pemain bola sepak terkenal, Safee Sali mengakui sudah pun mendirikan rumah tangga bersama wanita lain dan bersedia untuk memulakan kehidupan baru bersama isterinya itu. Menurut Safee, dia berpendapat pernikahannya itu tidak salah dan ia sah serta menepati syarak. Disebabkan itu, bekas pemain bola sepak ini ingin memulakan lembar baru dalam hidupnya dan meninggalkan kisah silam. "Betullah (saya sudah kahwin), apa salahnya? Bagi saya yang halal tiada salah, jadi kita teruskan sahaja kehidupan. "Apa yang penting kini saya mahu buka buku baharu dengan terus maju ke hadapan." Selain itu, Safee juga berkata dia ingin menyelesaikan isu rumah tangganya itu dengan sebaik mungkin dan cuba muhasabah diri. Pada masa yang sama, bekas penyerang JDT ini turut mendedahkan anak-anaknya dalam keadaan yang baik di bawah penjagaannya. "Saya juga tidak lepas daripada melakukan dosa kerana masing-masing ada melakukan dosa dan belajar daripada apa yang berlaku."
"Alhamdulillah semua anak yang bawah jagaan saya dalam keadaan sihat dan mereka juga berpuasa penuh. "Sebagai bapa, saya semestinya mahu melihat anak-anak berada dalam keadaan terbaik terutama dari segi keselamatan dan pendidikan." Sekadar info, Safee Sali telah sah bercerai talak dua dengan bekas isterinya, Fitria Elfina pada hari ini di Mahkamah Rendah Syariah. Terdahulu, Fitria Elfina turut memfailkan tuntutan hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dan mendedahkan sudah lebih sebulan tidak menemui dua anak selepas diambil Safee ketika ketiadaannya di rumah. SUMBER : Kosmo |
B40tastePosh replied at 27-3-2024 06:35 PM
Tapi aku rasa Fitria tu kalah tu tutan hadanah sebab dia bukan warganegara.
Mesti masih permit lawa ...
berusjamban replied at 28-3-2024 02:48 PM
Dia org apa? Indon ke? Nama mcm indon... sori lah iols x ikut perjalanan rumahtangga dia ni
izwan_izi replied at 28-3-2024 04:18 PM
Sekarang ni boleh la ckp mcm2..
Tgk Datok Red sudah...sekelip mata je Allah tarik rezeki..
ADVERTISEMENT