CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Bonus Raya Bagi Penjawat Awam Kelantan

27-3-2024 05:07 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7010| Komen: 20


KOTA BHARU: Tiada pemberian bonus untuk penjawat awam di Kelantan pada Aidilfitri tahun ini, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Beliau berkata, ia berikutan bantuan khas kewangan penjawat awam Kelantan diberi pada November tahun lalu iaitu sebanyak RM2,000 oleh Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang dianggap sebagai 'bonus raya'.

"Bantuan itu dibayar bulan lalu yang jaraknya agak dekat dengan tarikh Aidilfitri dan boleh digunakan oleh penjawat awam untuk raya.

"Kita amat menghargai penjawat awam sebagaimana Kerajaan Pusat. Kalau keadaan ekonomi semakin baik, insya-Allah saya rasa kerajaan boleh fikirkan inisiatif bantuan lain selepas ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penyampaian sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik sempena Program Memacu Kehidupan: Aidilfitri anjuran Yayasan PETRONAS, hari ini.


Sementara itu, Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli, berkata 550 keluarga dari 11 jajahan di Kelantan menerima sumbangan barangan keperluan makanan membabitkan nilai keseluruhan RM110,000.

"Bagi keseluruhan bantuan di Pantai Timur, kita memperuntukkan RM270,000 membabitkan 1,350 keluarga.

"Setiap keluarga terpilih menerima sumbangan barangan makanan asas seperti beras, bihun, minyak masak, kari ayam dalam tin, sardin, gula, tepung gandum, garam, serbuk minuman coklat dan teh," katanya. – BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manop 27-3-2024 05:29 AM
Tak sia2 jadi walaun....undi bulan
Quote kakikuDibibirmu 27-3-2024 05:32 AM
walaunmacai dan walaunkelentit tersenyum sinis
Quote vespa_oren 27-3-2024 05:49 AM
penat geng PN dok ungkit negeri selangor boleh bagi bonus
Quote Kak-Rohana 27-3-2024 06:02 AM
Patut la nak tawan Selangor sebab negeri2 islei tak excel....
Quote lightheaded67 27-3-2024 06:59 AM
dorg dpt dah kan bonus 2k, thun lepas announce, februari 2024 masuk katanya
Quote Nurdianah 27-3-2024 08:31 AM
dah tokdir....gitcheww.
Quote renko 27-3-2024 08:39 AM
demo nok isley ko demo nok bonus??
Quote mayaHD 27-3-2024 08:42 AM
"Kita amat menghargai penjawat awam sebagaimana Kerajaan Pusat. Kalau keadaan ekonomi semakin baik, insya-Allah saya rasa kerajaan boleh fikirkan inisiatif bantuan lain selepas ini," katanya.

kerajaan boleh fikirkan inisiatif bantuan lain selepas ini

KERAJAAN boleh fikirkan inisiatif bantuan lain selepas ini
Quote aHoi83 27-3-2024 08:55 AM
Betol la tu kalo bln 11 hr tu dh dpt bonus , tahun ni punya bonus pun bulan 11 jugakla. Dah kenapa nk kene bg bonus tiap kalo perayaan n anak masuk sekolah. Tibe plak forumer CI berperangai cuepec
Quote supernaturalee 27-3-2024 10:10 AM
aHoi83 replied at 27-3-2024 08:55 AM
Betol la tu kalo bln 11 hr tu dh dpt bonus , tahun ni punya bonus pun bulan 11 jugakla. Dah kenapa n ...

umum bln 11 tahun 2023 dlm pembentangan bajet, i guess
dptnya bln 2 thn 2024, bln lps

sama mcm federal jgk
dpt bln lepas


Quote bangcak 27-3-2024 10:16 AM
mu nok bonus ko nok isley?
Quote Kuin-Kepam 27-3-2024 10:23 AM
Kata demi bangsa dan agama....mandat rakyat....takkan setengah bulei pun x bleyyyy !!!!
Quote finding 27-3-2024 10:47 AM
Ada yang baca tajuk je ni. Diorang dah dapat bilan 11 hari tu rm2000. sebelum federal dapat, civil servant kelantan state dah dpt dulu.
Quote apalancut 27-3-2024 12:18 PM
Huk aloh. Spatutnya bonus tu bui sekarang. Bukan bui 2 bulan lepas. Tak pasal jadi bola tanggung, Netizen dan Cytro mmg suka bahan kan kelatam. Walhal deme sendiri pon takdapat bonus.
Quote apalancut 27-3-2024 12:23 PM
Kuin-Kepam replied at 27-3-2024 10:23 AM
Kata demi bangsa dan agama....mandat rakyat....takkan setengah bulei pun x bleyyyy !!!!

Kan... saya mmg sokong. Takkan setengah bule pon takleh. Contohi la Kuih kepam ni. Bayangkan dia running syarikat. Bagi bonus 2 kali selang beberapa. Mesti staff dia sayang dia. Dan mesti dia seorang yang pemurah dan hebat dan kaya. Mampu menyediakan dana yang besar utk duit raya. Contohnya dia ada 1000 staff. Berapa RM wei dia nak kena allocate?

Nanti hari raya haji..bagi lagi.. mantapppp
Quote B40tastePosh 28-3-2024 09:03 AM
renko replied at 27-3-2024 08:39 AM
demo nok isley ko demo nok bonus??

Baru nak cakap gini
Quote renko 29-3-2024 09:29 AM

hahahahahahaha marah set2 demo nnt
Quote syamzana 29-3-2024 09:45 AM
apalancut replied at 27-3-2024 12:18 PM
Huk aloh. Spatutnya bonus tu bui sekarang. Bukan bui 2 bulan lepas. Tak pasal jadi bola tanggung, Ne ...


Beliau berkata, ia berikutan bantuan khas kewangan penjawat awam Kelantan diberi pada November tahun lalu iaitu sebanyak RM2,000 oleh Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang dianggap sebagai 'bonus raya'.

"Bantuan itu dibayar bulan lalu yang jaraknya agak dekat dengan tarikh Aidilfitri dan boleh digunakan oleh penjawat awam untuk raya.

rasanya bantuan khas diumumkan bulan Nov tapi dibayar bulan 2 (dibayar bulan lalu) based on artikel.
reporter haprak perkataan tak berapa sesuai. so sama je la mcm federal. dah bg 2k bulan lepas takkan nak bonus lagi utk raya????
tiap kali raya, anak masuk sek semua nak bonus apa selama ni gaji tu buat apa???
Quote manop 29-3-2024 11:54 AM
berkat undi kerajaan isleyyyyy

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.045279 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top