Selepas beberapa bulan berentap, Yvonne Chong dan Zainoriah Din dinobatkan sebagai juara Miss Plus World Malaysia serta Ms. Plus Intercontinental Malaysia 2024. Mereka merupakan peserta dalam pertandingan Miss Plus World Malaysia (MPWM) 2023/2024. Acara penyampaian hadiah kepada pemenang telah diadakan di Galaxy Banquet Hall, Sentul, Kuala Lumpur baru-baru ini. Kedua-dua wanita itu berjaya merebut gelaran juara bagi kategori masing-masing, sekali gus bakal berentap pada Miss Plus World 2024 di Amerika Syarikat nanti. Bagi Yvonne Chong, 45, selepas dinobatkan sebagai juara, dia begitu teruja dan berjanji akan terus aktif dalam dunia kecantikan di dalam serta luar negara. “Saya berharap kemenangan ini dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita di luar sana untuk terus kekal yakin walaupun berbadan besar. “Selepas ini, saya akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa dan terus aktif melibatkan diri dalam dunia kecantikan,” katanya ketika dihubungi Aura.
Bagi Zainoriah pula, dia langsung tidak menyangka menjadi juara kerana pertama kali menyertai pertandingan berskala besar seperti itu. “Pada usia 55 tahun, saya tidak pernah menyangka terpilih sebagai juara Ms. Plus Intercontinental Malaysia 2024. “Ini merupakan pengalaman paling berharga dan manis dalam hidup saya,” katanya. Sementara itu, wakil penganjur, Junn Chow menyifatkan pertandingan tersebut sebagai satu platform terbaik yang menawarkan peluang keemasan kepada wanita bersaiz besar untuk mempamerkan kecantikan dalaman dan luaran mereka. “Acara ratu cantik ini bertujuan memilih wanita yang berkualiti bukan sahaja dari aspek kecantikan, malah kebijaksanaan, keyakinan diri dan kemampuan untuk berkhidmat sebagai duta. “Malah, acara ini akan menjadi saluran untuk menyampaikan mesej positif dan kisah-kisah misi kemanusiaan, kesihatan, pendidikan, keamanan serta penghormatan terhadap kepelbagaian kelompok masyarakat,” katanya. Terdahulu, MPWM menjadi antara pertandingan ratu cantik yang memartabatkan kejelitaan wanita merangkumi kebijaksanaan, keyakinan dan bersifat Malaysia. Acara tersebut dianjurkan oleh Monkii Global Holdings dengan kerjasama I-Creative Event Sdn. Bhd.. Gelaran ratu cantik MPWM pernah dimenangi oleh Lam Man Tang dan Sherlyn Chan (2022-23), Elena Tong dan Anna Liza Del Castillo (2021-22), dan Melissa Mohan Tyndall serta Shakti Chhabra (2020-21). Sumber : Kosmo |
Carcosa replied at 2-2-2024 10:49 PM
Badan bersaiz besar kini bukan halangan!
Decaffeinated replied at 2-2-2024 05:17 PM
Denial.
Kalau betul gundu is awesome try compete in open category sure kalah kan
ADVERTISEMENT