Baru-baru ini tular video memaparkan seorang gadis bernama Aila yang mendakwa dirinya telah diganggu oleh seorang anggota badan beruniform berpangkat komando. Di dalam video tersebut, kedengaran lelaki berkenaan cuba memikat Aila dan melemparkan kata-kata carutan. Terbaru, menerusi video yang dimuat naik di TikTok , gadis berkenaan tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku kepadanya. "Saya bekerja sebagai ejen insurans dan cukai jalan, anggota itu adalah pelanggan saya". "Pada mulanya saya buat insurans dan cukai jalan dia macam biasa, sebelum saya rekod dia menggunakan beberapa perkataan yang membuatkan saya kurang selesa jadi sebab tu saya rekod. "Masa mula-mula keadaan dia masih okay sebab ada rakan sekerja di sebelah tapi dia dah mula melalut bila rakan sekerja saya semua dah balik dan saya tinggal seorang ketika itu".
Mengulas lanjut, Aila berkata dia hanya mampu memberikan respon secara profesional kerana risau seandainya anggota itu bertindak di luar jangkaan. "Saya baca komen ada yang cakap saya melayan sebab senyum-senyum. Saya rasa itu adalah respon yang sopan untuk berurusan dengan orang yang macam ni. "Sebab sejujurnya saya tak berani nak berkasar waktu itu sebab saya takut dengan respon dia. Jadi saya cuba menjadi professional dan saya hormat dia sebagai pelanggan". Dalam pada itu, Aila memaklumkan bahawa pegawai atasan anggota tersebut telah tampil memohon maaf kepadanya dan sama sekali tidak memaksanya untuk memadam video berkenaan. "Pihak atasan anggota itu datang jumpa saya dan minta maaf bagi pihak anak buah mereka. Walaupun saya tak ada menyebut nama atau post muka anggota itu tapi mereka kenal anak buah mereka. "Mereka beritahu anggota itu supaya jangan datang lagi dekat tempat ini atau berurusan di sini. Mereka pesan dekat saya kalau nampak kelibat dia terus telefon polis". Sementara itu, Aila turut menitipkan pesanan buat kaum wanita untuk lebih berwaspada jika berdepan dengan situasi yang sama. "Saya post video ni untuk menyebarkan kesedaran kepada kaum hawa dekat luar sana dan saya nak kongsikan bagaimana saya menangani situasi seperti ini. Saya bekerja kena hadap orang, macam-macam perangai kita akan hadap dan macam-macam orang yang kita akan jumpa. "Orang macam ni masih ada, jadi korang kena berhati-hati. Jangan terlampau berani, jangan terlampau takut". Sumber: TikTok Aila/OhBulan |
Ahriman replied at 30-1-2024 07:25 AM
Boleh caya ke nyah.yang kene rejek dengn mak bf pon content semata.budak skang mmg lapar perhatian.h ...
Suchi replied at 30-1-2024 03:55 PM
Sia2 jln kaki 160km selama 3 hari kalau wat pangai tak semenggah
Hormati uniform yg kamu sarung itu ...
Ahriman replied at 30-1-2024 03:25 PM
Boleh caya ke nyah.yang kene rejek dengn mak bf pon content semata.budak skang mmg lapar perhatian.h ...
shernazz replied at 30-1-2024 05:20 PM
Ye ke..content EK?
Iols igtkan betul2
Choi
ADVERTISEMENT