Aktres Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia bakal memfailkan saman terhadap seorang pegawai pemasaran yang menuduhnya menipu dalam urusan perniagaan mereka. Wanita berkenaan telah ditemu bual program Melodi baru-baru ini di mana dia telah menepis dakwaan Puteri Sarah sebelum ini berkenaan pecah amanah. Menerusi Instagram, Sarah memuat naik satu gambar mempamerkan dirinya berjumpa dengan peguam dan difahamkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit. "Kita tak cari publisiti. Kita guna saluran yang betul". Aktres berusia 39 tahun itu bagaimanapun tidak dapat memberi komen yang panjang dan meminta agar dia menyelesaikan langkah pertama ini dahulu. "Bagi saya jumpa peguam dulu sebab saya nak saman dia. Sudah selesai nanti saya akan maklumkan semula. Peguam mahu hantar dokumen ke mahkamah".
Terdahulu, Sarah berkata dia menjalinkan kerjasama dengan pegawai tersebut sejak Oktober tahun lalu namun kerja yang dilakukan tidak mencapai standard diharapkan. Katanya, bisnes yang dirancang itu adalah pemasaran produk dan Sarah turut mendakwa terpaksa merayu untuk mendapatkan semula wang miliknya. Sumber : mStar |
cm_vungtau replied at 30-1-2024 02:51 PM
Dia ni duit habis kat loyer aje. Menangnya tidak.
LembingDayanti replied at 30-1-2024 03:25 PM
penat aku dgr dia ni nak saman org itu ini. dia buat ke tidak? ke acah je?
she replied at 30-1-2024 09:20 AM
Tak boleh ke hidup tenang2
Cuba renung2
Kenapa hidup kita banyak diberi ujian
alesandra replied at 30-1-2024 07:55 PM
Apa je saman dia yg menjadi? sembang je lebih.mnyaman ik,sol pun dia uturn..
ADVERTISEMENT