CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Saya Fikir, Pertukaran (Kerajaan) Tidak Menjamin Anda Apa-Apa" – Al-Sultan Abdullah

29-1-2024 07:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13414| Komen: 4



KUALA LUMPUR – “Saya fikir, pertukaran (kerajaan) tidak menjamin anda apa-apa. Sama seperti menukar Perdana Menteri dan anggota Kabinet setiap tahun, ia tidak menjamin apa-apa”.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah sedemikian selepas baginda melalui pelbagai percaturan politik sepanjang pemerintaan sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun.

“Ya, ‘orang’ kita sekarang pandai sangat, belajar tinggi sangat, nak mencuba sistem itu, sistem ini.

“Ini adalah pengalaman saya, dan saya harap apa yang saya katakan tadi biarlah sekurang-kurangnya empat atau lima tahun sekiranya mahu mempersoalkan (pentadbiran kerajaan).

“Not over one year, come on! Not over one year (tolonglah, belum sampai setahun),” titah baginda menerusi wawancara bersama editor dan wartawan kanan media sempena tamat tempoh pemerintahan di Istana Negara baru-baru ini.


Ia turut dihadiri Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Mainumah Iskandariah.

Al-Sultan Abdullah turut berpandangan, Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan proses peralihan kerajaan seperti melalui pilihan raya, manakala beberapa negara Eropah boleh dijadikan teladan pada hemat baginda.

“Kita sudah ada proses demokrasi yang tertulis (Perlembagaan Persekutuan) kita adakan pilihan raya. Sekurang-kurangnya (biarlah) empat hingga lima tahun sesebuah kerajaan untuk memerintah.

“Bukanlah sekadar hanya setahun atau dua kita nak tukar sewenang-wenangnya kerana kita sudah perhati bukan sahaja di Malaysia, negara-negara di Eropah… tengoklah keadaan ekonomi mereka,” titah baginda.

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah sempat berseloroh berhubung ura-ura Langkah Dubai yang turut mengaitkan nama baginda.

“Sebab itu, kalau musim hujung tahun (musim tengkujuh), saya tak ke mana-mana dari dulu.

“Sebab itu tahun ini saya di sini, saya tidak ada di Dubai. Saya tidak ada di mana-mana sekali pun,” titah baginda. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 30-1-2024 08:57 AM
iya lah.. okay noted.
Quote KamikuP 30-1-2024 09:38 AM
yG GIGIH NAK TUKOR KERAJAAN TU NAK PENCEN letew
Quote pokokmeranti 30-1-2024 10:03 AM
majoriti hormat pada kedaulatan undang2. tetapi kesabaran golongan bawahan pada kerajaan yg tertekan dgn sara hidup tidak boleh diabaikan. kenapa indonesia rakyatnya tolak raja2/sultan? sbb dasar komunis yg hasut bahawa golongan kain kuning tetap bermewah dalam apa jua keadaan disaat rakyat kelaparan.
Quote Suchi 31-1-2024 12:39 PM
Tukar gomen pun sama je barang tetap mahal
Kelakar plak yg ingat akan ada perubahan
Hakikatnya sama je, org politik je yg tamak kuasa tak reti menyabor tunggu je PRU akan dtg.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.079474 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top