CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Aku Menangis Minta Maaf’ - Shuk Sahar Dedah Pernah Melawak Sampai Buat Anuar Zain Terasa Hati

29-1-2024 03:47 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12733| Komen: 76


Pelawak dan pengacara, Shuk Sahar mendedahkan dirinya pernah membuat lawak dengan Anuar Zain sehinggakan penyanyi itu berasa terguris hati.

Menerusi sesi podcast Okletsgo.sg, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata dia tidak menyangka lawak jenakanya itu telah menyebabkan penyanyi itu terasa hati kerana dia sama sekali tidak mempunyai niat untuk berbuat demikian.


"Masa itu saya kena kendalikan konsert (jadi pengacara majlis) dan waktu itu tengah ‘rehearsal’".

"Saya ada cakap sesuatu yang sejujurnya saya tak ada niat nak mengata atau buatkan Anuar Zain terguris hati".

"Nak dijadikan cerita, Anuar Zain yang ada di atas pentas ketika itu terus turun dari pentas sebab terasa dengan gurauan saya".


Melihat keadaan tersebut, Shuk kemudiannya bertemu dengan pelantun lagu ‘Sedetik Lebih’ itu untuk membuat permohonan maaf sebelum konsert berkenaan berlangsung.

Apa yang menakutkan Shuk apabila Anuar tersinggung dan bertanyakan motif dirinya membuat lawak seperti itu.

"Lepas itu saya jumpa PA Anuar Zain tanya dia, ‘Boleh tak saya nak jumpa dengan abang Anuar?’. Sebab konsert nak berjalan dah, tak akanlah saya nak bawa ‘mood’ yang tidak baik ke atas pentas."

"Selepas itu, saya pun ketuk pintu dan masuk ke dalam bilik Anuar Zain. Waktu itu dia tengah buat rambut, terus dia tengok saya dan kata, ‘Kau buat lawak apa tadi? Ingat kelakar ke benda itu?’

"Saya bagitahu dia, ‘Saya tak ada niat nak cakap macam itu dan tak ada niat langsung nak kecil kan hati abang. Kalau abang rasa saya salah, saya minta maaf sangat-sangat’.

"Tapi dia diam saja lepas itu dia suruh saya keluar daripada bilik itu. Saya tahan mata, keluar dan bila saya tutup ja pintu bilik itu, saya terus menangis".

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya apakah gurauan yang dilakukan oleh Shuk sehingga membuatkan Anuar Zain begitu terasa hati kepadanya.



Dalam pada itu, ada juga yang memuji Shuk yang begitu terbuka untuk mengakui kesilapan yang dilakukan dan tidak segan untuk membuat permohonan maaf.

Sumber: Podcast OKLETSGO/OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote penjarasgbuloh 29-1-2024 03:51 PM
tu sebab orang tua cakap, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Bukan semua benda boleh dikelakarkan. Ingat ni Amerika ka?
Quote rayna_raynes 29-1-2024 04:17 PM
ramai org mcm ni. menghina guna tiket melawak.
Quote ezacbee 29-1-2024 04:21 PM
Nak tau lawak apa yg abam nuar marah tu..

Melawak x guna otak. Mulut laju je..
Quote Belibis 29-1-2024 04:23 PM
Apa yang lawak sensitif tu?? Sebut kunyit ke?
Quote zallama 29-1-2024 04:29 PM
Dy nih mna pernahh cerdik
Quote LadyCarefree 29-1-2024 04:31 PM
Patut jgn bg dia ni apa2 limelight.
Quote lilacomot 29-1-2024 04:35 PM
selayaknye la ko kene marah ngn abg nuar yg sopan santun tu...mesti mulut puaka sgt kan...tp mcm x penah insaf je...mulut lg laju dri otak...lawak2 smua mengaibkn org je
Quote abadi84 29-1-2024 06:57 PM
Tak ada niat nak buat mcmtu..
Jd kdg aku nak sgt tanya
Apa niat yg sebenarnya ehh??
Quote shida81 29-1-2024 07:51 PM
Tu la pelawak2 zaman ni x de common sense.. Smua bende blh buat lawak.. Pastu nk nyesal... Igt blh gitu je
Quote sleepandream 29-1-2024 08:04 PM
yeke shuk yg menangis?
jgn2 kaka nuar yg menangis...
Quote Tunakimchi 29-1-2024 08:28 PM
Dia sorang je rase dia kelakar
Quote Carcosa 29-1-2024 08:37 PM
Aku benci betul bila org ckp "Saya takde niat pun".
Eh babi. Ada ke org ckp "Ya, mmg saya berniat nak ckp abang pondan". Tak, kan??
So, ajar molot kau jgn laju sgt sebelum otak bagi kebenaran. Faham ke, faham??
Quote cmf_jeangrey 29-1-2024 09:35 PM
Apa yg budak ni cakap? Nasib baik bukan will smith depan tu, silap2 berterabur gigi atas pentas

Quote Suchi 29-1-2024 10:00 PM
Nampak nuar jen komen kat ig ryan bakery, ok je dia ngn retis2 baru dr socmed
Quote timah03 29-1-2024 10:50 PM
Garang juga ye bang nuar ni... Mesti terasa sangat la tu...
Selalu dia senyum je...
Quote dua_chzy 29-1-2024 10:56 PM
Padan muka kau. Dah la hodoh, babi pulak tu.
Quote makita 29-1-2024 11:21 PM
Meols bukan nak face shaming.
Muka syuk ni terang2 tunjuk iq level dia
Quote vanillaninja 30-1-2024 08:22 AM
makita replied at 29-1-2024 03:21 PM
Meols bukan nak face shaming.
Muka syuk ni terang2 tunjuk iq level dia

Heols dulu budak SBP kan. Product SBP yang tak menjadi kekdahnya.
Quote debab_78 30-1-2024 08:30 AM
shuk ajuk2 gaya AZ jd content kat pentas kot.... tp tu la AZ tu artis gred A dah kat industri,... patotnya kena ada some respect juga kat dia even mcmne pun personaliti dia

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.143036 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top