CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Sejak Waktu Itu, Dia Tiada Hak Untuk Menjadi Penjaga Sah Musa” – Isu Noh & Ibu Kandung Anak, Mizz Nina Akhirnya Bersuara

29-1-2024 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28338| Komen: 192



Mizz Nina akhirnya tampil bersuara dan memberi penjelasan panjang menerusi hantaran di Instagram berhubung status anak angkatnya, Musa.

Ia susulan konflik yang berlaku di antara ibu kandung kanak-kanak itu dan bekas suaminya, Noh Salleh di mana vokalis tersebut memaklumkan tidak tahu menahu tentang perjanjian di antara wanita itu dan Mizz Nina.

Tulis Mizz Nina, Musa yang diambilnya sebagai anak angkat sejak berusia dua hari itu telah diambil daripadanya tanpa izin, tanpa maklumat atau pengetahuan.

Katanya lagi, kejadian anaknya diambil dengan bantuan pembantu rumah diupah olehnya itu berlaku ketika dia di dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

"Sejak saat itu, saya tidak tahu keberadaan (Musa) dan tidak dapat berkomunikasi (dengan Noh), tidak menerima gambar atau video selama tiga minggu setengah. Ketika tempoh itu, bekas suami memuat naik gambar wajah Musa di internet melanggar perjanjian dan kemudian mengaku tidak tahu tentang itu sedangkan saya tahu dia tahu tentang perjanjian tersebut".




Disebabkan tindakan bekas suaminya itu, privasi anaknya terganggu malah Noh juga turut tidak menjaga sensitiviti bahawa ibu kandung Musa tida mahu identitinya didedahkan.

Mizz Nina kemudian pergi ke mahkamah syariah untuk mengelakkan berlaku apa-apa konflik dan telah diberikan perintah interim terhadap anaknya.

Jelasnya lagi, selepas perceraian Noh sendiri dengan rela hati telah menandatangani dokumen yang memberikan dirinya hak sepenuhnya untuk menjaga Musa dan proses itu dilakukan di hadapan pesuruhjaya sumpah.

"Sejak waktu itu, dia sudah tiada hak untuk menjadi penjaga Musa".

Tambah Mizz Nina, dia tiada niat untuk mengeruhkan lagi keadaan tetapi kenyataan itu dibuat agar tiada spekulasi atau fitnah yang tersebar berhubung konflik tersebut.


Sumber : Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 29-1-2024 11:14 AM
Memang Noh tu yang sewel!
Quote nena9042 29-1-2024 11:19 AM
Fuh I lagi teringin nak tau apa nasib si nanny yang jaga musa tu
Quote KirazMevsimi 29-1-2024 11:46 AM
lamaaaa tu. tiga minggu lebih dia 'pinjam' musa tanpa pengetahuan nina
Quote KirazMevsimi 29-1-2024 11:48 AM
semenjak noh mula dedahkan wajah musa kat media sosial, waktu tu dah hairan dan pelik. punya la nina jaga privasi

hujung² ...... haaaaa timbul dah kesan dan akibatnya
Quote She-Ra 29-1-2024 12:02 PM
KirazMevsimi replied at 29-1-2024 11:48 AM
semenjak noh mula dedahkan wajah musa kat media sosial, waktu tu dah hairan dan pelik. punya la nina ...

samadengan
bila ternampak gamba NH dgn Musa tanpa sticker tu, terus ehhhhh apakah??
Quote cik_ingeniare 29-1-2024 12:08 PM
nohh nohh.. apa sebenarnya dalam fikiran kau? bitter kah?
Quote rainbowrainz 29-1-2024 12:13 PM
Sediakan super ring byk2 weeeihhh
Quote krustykrab 29-1-2024 12:17 PM
Ko bagi je la si noh tu hak 100% mizz oii...tgk brp lama dia tahan nk jaga budak yg lgsg takde kaitan darah dgn dia..aku yakin si noh akn pulangkn balik nanti
Quote orenmango 29-1-2024 12:31 PM
krustykrab replied at 29-1-2024 12:17 PM
Ko bagi je la si noh tu hak 100% mizz oii...tgk brp lama dia tahan nk jaga budak yg lgsg takde kaita ...

Pulangkan balik takpa juga. Takut dia tak peduli dan tak jaga dengan betul, naya budak tu.
Quote airmineral 29-1-2024 12:32 PM
krustykrab replied at 29-1-2024 12:17 PM
Ko bagi je la si noh tu hak 100% mizz oii...tgk brp lama dia tahan nk jaga budak yg lgsg takde kaita ...

xyah ler wehhh
naya kat budak tu je
tgk noh ni pun x meyakinkan hihi


ape nasib nanny yg sekongkol dgn noh ni?


Quote Manusiabesa 29-1-2024 12:34 PM
OT. Yg aku nk trgelak lg bila kokping rupanya team noh. Kt ig noh, kokping komen " musa, dlm bakul, dlm jagaan allah " bagai.... cringe... netzien komen balik, apbenda dok bakul2 ni menyampahhhh. X abis2 dudok dlm dunia imaginasi poetic dia tu. Bebal
Quote awex^returns 29-1-2024 12:45 PM
Manusiabesa replied at 29-1-2024 12:34 PM
OT. Yg aku nk trgelak lg bila kokping rupanya team noh. Kt ig noh, kokping komen " musa, dlm bakul,  ...

macam lahanat si kokping tu
ingat madah sangat lah tu

ramai artis wish si noh ni be strong apa
kupu², farahlee
nampak macam ramai yang backup Noh

nampak macam MN yang jahat
Quote scarflicious 29-1-2024 01:00 PM
Hak lawatan pun x ada ke?
Quote She-Ra 29-1-2024 01:04 PM
Manusiabesa replied at 29-1-2024 12:34 PM
OT. Yg aku nk trgelak lg bila kokping rupanya team noh. Kt ig noh, kokping komen " musa, dlm bakul,  ...

kokping ni ntahla.. rasa nak je bg lagu zizi kirana EH
sgt tak selari penampilan dgn perbuatan
Quote Zeatyisaac 29-1-2024 01:10 PM
airmineral replied at 29-1-2024 12:32 PM
xyah ler wehhh
naya kat budak tu je
tgk noh ni pun x meyakinkan hihi

Kenapa Nanny tu tega bagi Musa pada Noh? Di manakah Mizz Nina waktu itu? Kerja? Atau Nanny tu pun kesian tengok Musa ditinggalkan Mizz Nina lama pada dia, maka dia bagi Musa pada Noh? Atau Nanny tu dah malas jaga Musa, sebab Mizz Nina takde pun di sini? Adalah Noh bayar Nanny tersebut? Atau Noh ada janjikan apa2 pada Nanny? Atau Nanny yang call Noh suruh ambik Musa?

Uish, banyak misteri dan segala kemungkinan kan?
Quote Fly_over 29-1-2024 01:12 PM
dah kena report polis kenapa noh x kena lokap sbb menculik?
Quote Fly_over 29-1-2024 01:14 PM
Zeatyisaac replied at 29-1-2024 01:10 PM
Kenapa Nanny tu tega bagi Musa pada Noh? Di manakah Mizz Nina waktu itu? Kerja? Atau Nanny tu pun  ...

musa dibawa lari pd hari yg sama nina keluar g jepun. pastu nina terus patah balik malaysia.
Quote cik_ingeniare 29-1-2024 01:25 PM
Fly_over replied at 29-1-2024 01:14 PM
musa dibawa lari pd hari yg sama nina keluar g jepun. pastu nina terus patah balik malaysia.

oo begitu ye? memang nina ada sebut ye? seumpama macam menculik pun ada jugak
Quote Fly_over 29-1-2024 01:26 PM
Edited by Fly_over at 29-1-2024 01:34 PM
cik_ingeniare replied at 29-1-2024 01:25 PM
oo begitu ye? memang nina ada sebut ye? seumpama macam menculik pun ada jugak


ye.. ada artikel kt tered sebelah. even dia x halang pn nak jumpa. siap offer lg pastu noh yg kansel. bizi kunun.

Lihat semua komen(192)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.305063 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top