Baru-baru ini, pelakon Amyza Aznan, memaklumlan suaminya, Khairil Idzhar Md Nazir, 49, terpaksa ditidurkan buat kali kedua selepas tahap kesihatannya dilaporkan semakin kritikal. Menurut Amyza, suaminya kini ditempatkan di Hospital Ampang. Terbaru, memetik laporan Harian Metro, Amyza berkata, suaminya tidak jadi ditidurkan. Namun begitu, keadaan suaminya itu agak kurang baik. Tambah Amyza, Khairil terpaksa menjalani dialisis seumur hidup kerana mengalami kerosakan buah pinggang. "Pada mulanya doktor memang bercadang hendak tidurkan suami buat kali kedua semalam, tetapi tidak jadi. "Bagaimanapun, suami perlu menjalani dialisis kerana buah pinggangnya sudah rosak sepenuhnya, selain toksin yang sudah memenuhi keseluruhan badan". Jelasnya lagi, suaminya kini berada dalam pemantauan doktor berikutan keadaannya yang turun naik.
"Sekarang, suami sedar, tapi lemah. Semalam keadaannya agak merisaukan". Sama-sama kita doakan semoga suami Amyza cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Sumber: Harian Metro |
gekkou replied at 26-1-2024 06:31 PM
moga ada insurans cover
byk owwh guna duit buat dialysis ni
sleepandream replied at 26-1-2024 08:10 PM
dialisis ni kalau pakai medical card company cnfirm tak cukup coverage
sangbara2020 replied at 26-1-2024 03:48 PM
ni ke laki dia yg kaki pompuan tuh...
apapun semoga cepat sihat
sleepandream replied at 26-1-2024 08:10 PM
dialisis ni kalau pakai medical card company cnfirm tak cukup coverage
ADVERTISEMENT